Krim Kaki Cantik bukan sahaja dirumus untuk memelihara kelembapan tapak kaki atau tumit anda, malah ia boleh juga digunakan pada perut, siku, lutut, tapak tangan dan bahagian-bahagian lain agar kulit anda tampil lebih halus dan bermaya.
Khasiat Krim Kaki Cantik
- Membantu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
- Membantu mengatasi kulit kering dan mengelupas
- Membantu merawat rekahan pada kulit
- Membantu memperbaiki struktur kulit
- Sesuai untuk digunakan pada tumit, tapak tangan, siku, lutut mahupun bahagian tubuh yang lain
- Boleh digunakan oleh ibu dalam pantang bagi mengurangkan kesan rekahan pada perut
Kandungan Krim Kaki Cantik
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.
Minyak Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.
Minyak Tea Tree (Melaleuca Alternifolia): Ekstrak dari pokok tea tree atau gelam wangi kaya dengan zat terpenoid serta bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman, membantu memulihkan luka, mengatasi kesan alahan pada kulit di samping berupaya memperbaiki struktur kulit, mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, radang dan kegatalan serta menyejukkan dan mendinginkan kulit.
Cara Penggunaan Krim Kaki Cantik
- Boleh digunakan pada bahagian tubuh seperti tumit, kaki, tapak tangan, lutut dan siku.
- Sapukan pada bahagian yang dikehendaki 2 hingga 3 kali sehari setiap kali selepas mandi.
- Untuk kegunaan luaran sahaja.
- Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan