Day & Night Cream Madu Propolis - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

10 Jun 2014

Day & Night Cream Madu Propolis

Miliki wajah yang bebas cela dengan Day & Night Cream Madu Propolis yang mengandungi ekstrak Propolis, Kacang Soya, Aloe Vera dan bunga Camomile yang diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan dan kejelitaan kulit wajah anda. Krim siang dan malam ini mampu mengurangkan kedutan, parut, jerawat dan jeragat yang mengganggu penampilan anda.

Sesuai untuk semua jenis kulit.

Khasiat Day & Night Cream Madu Propolis

  • Mampu merencatkan masalah jerawat dan jeragat
  • Memudarkan parut
  • Menghalus dan mencerahkan kulit
  • Mencegah kulit kusam
  • Meratakan rona kulit
  • Mengecilkan pori
  • Mengurangkan kedutan

Kandungan Day & Night Cream Madu Propolis

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Aloe Vera dan Lidah Buaya, ia merangsang penghasilan kolagen dalam tisu kulit dan mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang masih baru, di samping melembap dan menyegarkan kulit. Ia juga mampu melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, mempercepatkan proses penyembuhan, serta merawat kulit yang kering dan rosak.

Chamomilla Flower: Lebih dikenali dengan nama Camomile, bunga ini mengandungi Flavonoid yang amat berkesan untuk merawat penyakit kulit sensitif serta vitamin B yang terkandung di dalam ekstraknya pula berperanan melega, melembap dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kawasan tubuh. Selain itu, bunga Camomile mampu mengurangkan kemerahan pada kulit, membersih kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti radang kulit, ekzema, ruam, jerawat, psoriasis dan bekas alahan kulit.

Soy Protein: Biji kacang soya yang telah melalui proses hidrolisis ini diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit kita. Ia lengkap dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Kacang soya juga berperanan menghapuskan sel kulit mati di samping melembap, meremaja dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit kita. Tumbuhan yang berkhasiat tinggi ini juga berupaya mengurangkan garis-garis halus pada kulit, memudarkan tanda-tanda penuaan, serta melindungi kerosakan kulit berikutan sinar ultraviolet.

Sengkuang: Sengkuang yang kaya dengan serat ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada hidangan di Malaysia, malah mempunyai khasiat untuk menyihatkan kulit. Selain kaya dengan serat, sengkuang turut mengandungi vitamin B1 dan C yang berperanan melembap, menegang, mencerah serta menghaluskan kulit, selain menghapuskan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan kedutan pada kulit.

Rosa Rubiginosa Seed Oil: Bunga yang sering ditemui di Eropah dan Asia Barat ini kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin C, agen antioksida, diuretik, asid sitrik, magnesium, protein, dan sukrosa yang berperanan memelihara kesihatan kulit di samping melindungi kulit daripada jangkitan. Berikutan kandungan vitamin C dan asid Gamma Linolenic yang tinggi, minyak biji Rosa Rubiginosa mampu mencegah penuaan kulit yang berkesan selain berperanan meningkatkan keanjalan dan pertumbuhan sel-sel kulit serta mengurangkan garis-garis halus dan kesan kulit kering. Ramuan ini juga mampu melembapkan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, dermatitis dan kedutan kulit.

Collagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan hidupan lain. Ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Ia berupaya melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, kolagen juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dam tahap metabolisme tubuh badan.

Propolis: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksida yang efektif selain flavonoid yang mampu mengurangkan rasa sakit pada kulit tubuh. Selain itu, Propolis amat berkesan merawat jangkitan pada kulit, menentang mikrobiotik dan bakteria, mengatasi luka, lebam dan radang kulit.  Ramuan yang berkhasiat ini juga berfungsi dengan baik untuk merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang kulit.

Cara Penggunaan Day & Night Cream Madu Propolis

  1. Oles dan ratakan Day & Night Cream Madu Propolis pada seluruh wajah
  2. Boleh dipakai pada waktu siang dan malam
  3. Gunakan selepas menggunakan Toner Madu Propolis
  4. Sesuai untuk semua jenis kulit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.