Putih Susu Beauty Hans adalah gabungan bahan-bahan semulajadi mewah seperti susu kambing, madu, strawberi, kolagen, delima, biji aprikot, biji anggur, habbatussauda, gingko biloba dan garam bukit yang membantu menentang kerosakan seperti bintik hitam, pigmentasi, penuaan kulit di samping melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV).
Dengan pengambilan yang berterusan, kulit anda pasti tampil lebih berseri dan bebas daripada masalah.
Khasiat Putih Susu Beauty Hans
- Membantu melindungi kulit dari sinarakan ultraungu (UV)
- Mengatasi masalah pigmentasi, bintik hitam, jerawat, parut dan kedutan
- Meningkatkan kecerahan kulit
- Menyerlahkan keremajaan kulit
- Membantu menentang kerosakan dan penuaan kulit
- Menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat
- Meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit
- Merangsang penghasilan kolagen
- Membantu memelihara organ dalaman
- Meningkatkan sistem imunisasi
Kandungan Putih Susu Beauty Hans
Susu Kambing: Susu kambing mempunyai komposisi zat yang lebih berbanding susu lembu sekaligus amat digalakkan pengambilannya bagi meningkatkan tahap kesihatan di samping memelihara kulit. Susu kambing kaya dengan kandungan protein, zat besi, vitamin C, D, B dan A yang bukan sahaja mampu menentang proses penuaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat., malah membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam, sensitive serta eczema dan psoriasis. Ramuan ini turut mengandungi asid lemak dan triglycerides yang mempunyai tahap pH atau keasidan yang serupa dengan kulit manusia serta ia mudah menyerap ke dalam bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit. Manakala kandungan asid laktiknya pula adalah sejenis asid alpha hydroxyl (AHA) yang berupaya membuang sel kulit mati sekaligus membantu mengatasi masalah jerawat serta menggalakkan penghidratan dan kecerahan kulit.
Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu berupaya membekalkan tenaga untuk tubuh badan selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Madu juga mampu mencegah serangan jangkitan bakteria sekaligus membantu menggalakkan pemulihan luka dan mengatasi masalah kulit. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan mengekalkan kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata, memudarkan parut di samping meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.
Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C dan asid elagik yang berperanan meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit di samping kandungan asid salisilik yang berupaya membuang sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori sekaligus menghaluskan lagi kulit. Di samping itu juga, strawberi turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan cela pada wajah, merawat kesan alahan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang mempercepatkan proses penuaan.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan hidupan lain seperti ikan dan mamalia serta kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Kolagen berupaya mengekalkan dan meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit. Selain itu, kolagen juga berperanan membakar lemak, memelihara sel-sel tubuh dan meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Delima: Delima sememangnya mengandungi pelbagai jenis khasiat untuk kejelitaan dan kesihatan kulit anda. Ia merupakan agen antioksida yang berfungsi meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit selain membantu menentang proses penuaan kulit, di samping turut mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang berperanan mencegah serangan kanser kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga berupaya menyerlahkan lagi seri kulit, memperbaiki tekstur kulit dengan cara meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah kulit seperti kedutan dan garis-garis halus.
Biji Aprikot: Aprikot yang sering terdapat di Amerika Selatan dan New Zealand ini kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit serta berupaya menentang proses penuaan di samping serat yang mampu melancarkan sistem penghadaman dan meningkatkan keanjalan kulit, serta khasiat dari sumber vitamin A yang memelihara kulit daripada sebarang jangkitan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat.
Biji Anggur: Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah. Selain itu, minyak biji anggur juga berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit dari sinaran ultraungu sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan penuaan.
Habbatussauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini berasal dari selatan dan barat daya Asia serta sarat dengan khasiat untuk kesihatan kulit dan tubuh badan manusia. Ia mengandungi asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Di samping itu, Habbatussauda turut membantu mengatasi masalah jerawat dan kulit kering serta masalah kesihatan lain seperti dalam sistem pernafasan, penghadaman dan kencing manis.
Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bukan sahaja berupaya mampu meningkatkan keupayaan mental, malah mempunyai manfaat untuk kulit. Selain bersifat antiradang, Ginkgo Biloba mempunyai sifat antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas yang merosakkan kulit serta mencegah proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.
Cara Penggunaan Putih Susu Beauty Hans
- Ambil 1 atau 2 uncang setiap kali sebelum makan setiap hari
- Terus tuang ke dalam mulut tanpa perlu dibancuh
- Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan