Set Wajah Madu Propolis Ekstrak Collagen - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

09 Jun 2014

Set Wajah Madu Propolis Ekstrak Collagen

Set Wajah Madu Propolis Ekstrak Collagen dilengkapi dengan sabun, penyegar serta krim siang dan malam yang dirumus menggunakan khasiat madu, propolis, kolagen, glutathione, vitamin C dan E khusus untuk membersihkan kulit secara mendalam bagi menyerlahkan lagi keanggunan dan keremajaan anda.

Set Wajah Madu Propolis Ekstrak Collagen mengandungi:

  1. Sabun Madu Propolis
  2. Toner Madu Propolis
  3. Day & Night Cream Madu Propolis

Kebaikan Set Wajah Madu Propolis Ekstrak Collagen

  • Menyerlahkan keanggunan dan keremajaan kulit wajah
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Menjadikan kulit wajah tampil lebih anjal, gebu dan berseri
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Membantu mengatasi masalah parut, jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam serta kulit yang kering dan kusam
  • Mengecilkan liang pori pada kulit wajah
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Menyegarkan lagi kulit wajah anda

Kandungan Set Wajah Madu Propolis Ekstrak Collagen

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga bertindak memelihara kehalusan kulit, menghasilkan tona kulit yang lebih sekata, memudarkan kesan parut dan masalah kulit yang dialami.

Propolis: Propolis adalah campuran resin atau getah yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksidan yang efektif selain flavonoid yang mampu menentang proses penuaan awal bagi mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, propolis amat berkesan untuk memulihkan luka dan jangkitan kuman selain membantu merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang pada kulit anda.

Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel di samping berupaya memelihara kehalusan kulit. Malah, ia juga berkesan untuk meningkatkan kecerahan kulit serta membantu mengatasi masalah kulit bersisik, kering dan luka. Glutathione juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.

Cara Penggunaan Set Wajah Madu Propolis Ekstrak Collagen

  1. Bersihkan wajah menggunakan Sabun Madu Propolis Glutathione + Collagen.
  2. Setelah wajah dikeringkan, sapukan Toner Madu Propolis Ekstrak Collagen pada permukaan kulit.
  3. Sapu dan ratakan Day & Night Cream Madu Propolis pada kulit wajah anda.
  4. Amalkan setiap pagi dan malam untuk hasil yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.