Harum Jelita - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

19 Jun 2014

Harum Jelita

Harum Jelita menghimpunkan jamu tradisional yang mempunyai khasiat yang tinggi seperti Kacip Fatimah, Pegaga, Asam Gelugur, Akar Serapat, Manjakani, Sireh dan Aloe Vera. Ia diadun dalam bentuk cecair untuk memelihara bahagian intim kaum wanita agar ia menjadi lebih segar dan sihat.

KANDUNGAN: 120ML

Khasiat Harum Jelita

  • Membersih dan melindung alat sulit wanita daripada sebarang jangkitan kuman
  • Mengatasi masalah bau, keputihan dan kegatalan.
  • Memelihara kecantikan, menggebu, mencerah, melembap bahagian sekitarnya.
  • Menyegar dan menyihatkan bahagian intim wanita sepanjang hari.

Kandungan Harum Jelita

Daun pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit. Ia juga berfungsi dalam penghapusan toksin dari tubuh badan.

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang masih baru, di samping melembap dan menyegarkan kulit,. Ia juga mampu melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, mempercepatkan proses penyembuhan, serta merawat kulit yang kering dan rosak.

Manjakani: Manjakani yang bersifat astringen, berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghaluskan kulit.

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisa pumila terbukti dapat mengatasi masalah keputihan di samping melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga mampu menyegarkan bahagian intim wanita selain mencegah dari penyakit.

Sireh: Sireh sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah keputihan di samping menghilangkan bau yang tidak enak pada bahagian intin wanita. Sireh yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, Piper betle juga mampu mengatasi masalah kegatalan pada kulit.

Pegaga: Daun yang berbentuk ginjal ini juga dikenali dengan nama saintifiknya, Centella asiatica berfungsi untuk merawat masalah keputihan yang dialami oleh kaum wanita, selain mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit.

Asam Gelugur: Asid askorbik yang terkandung dalam asam gelugur ini berperanan untuk membasmi bakteria pada tubuh.

Kolagen: Kolagen mempunyai pelbagai khasiat dan sering digunakan dalam produk kesihatan dan kecantikan. Ia berupaya melembutkan kulit, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.

Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, kulit bersisik (psoriasis), kulit kering (neurodermatitis), dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.

Cara Penggunaan Harum Jelita

  1. Goncang botol Harum Jelita sebelum menggunakannya.
  2. Buihkan dengan pekat lalu sapu dan ratakan pada bahagian faraj.
  3. Bilas sehingga bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.