Diperkaya dengan kolagen, minyak zaitun dan gamat, Gincu Mungil ternyata berkesan untuk memelihara kehalusan dan kelembapan bibir anda di samping membantu menyerlahkan warna bibir mengikut suhu tubuh dan darah.
Khasiat Gincu Mungil
- Memelihara kelembapan bibir
- Memelihara kehalusan bibir
- Mengatasi masalah bibir kering
- Menyerlahkan warna bibir secara semulajadi mengikut suhu badan dan darah
- Menyerlahkan seri wajah
- Meningkatkan keanjalan bibir
Kandungan Gincu Mungil
Zaitun (Olea Europaea): Ekstrak buah zaitun sememangnya tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan bibir di samping memelihara kelembapan bibir serta menjana tisu kulit bagi menjadikan bibir anda lebih halus dan lembut.
Gamat: Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang turut dipanggil timun laut. Gamat yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain berupaya memelihara kesihatan dalaman, gamat yang tinggi kandungan kolagen ini mampu menggalakkan pertumbuhan tisu yang sihat di samping memelihara keanjalan dan kehalusan bibir anda.
Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E bagi menyingkirkan sel kulit mati dan memperbaiki tekstur bibir anda. Ia juga berupaya menyerlahkan seri bibir di samping memelihara kelembapan dan kehalusan bibir seterusnya mengatasi masalah bibir kering.
Biji Bunga Matahari (Helianthus Annuus): Biji bunga matahari kaya dengan khasiat dari sumber vitamin E yang berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan bibir anda di samping membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ia bukan sahaja berupaya memelihara kehalusan dan keanjalan kullit, malah baik untuk bibir anda bagi mengatasi masalah bibir kering dan mengelupas.
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu bibir anda agar ia tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, aloe vera juga berupaya membasmi sel kulit mati serta memelihara kelembapan bibir seterusnya membantu merawat masalah bibir kering dan mengelupas.
Cara Penggunaan Gincu Mungil
- Oleskan pada bibir anda
- Sesuai untuk wanita dan lelaki
- Simpan di tempat yang bersuhu bilik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan