Himpunan limau purut, mengkudu, serai wangi, bunga raya putih dan Aloe Vera yang melengkapi Syampo Herba ini bukan sahaja mampu menanggalkan kekotoran serta menyegarkan rambut dan kulit kepala, malah turut membantu anda mengatasi masalah kegatalan pada kulit kepala, kelemumur serta keguguran dan kekusutan rambut.
Khasiat Syampo Herba
- Menanggalkan kekotoran pada rambut dan kulit kepala
- Menyegarkan kulit kepala
- Mengekalkan kelembutan rambut
- Memelihara kulit kepala sentiasa sihat
- Memelihara struktur rambut agar kekal sihat dan kukuh
- Mengatasi masalah kelemumur, kekusutan rambut, kegatalan dan kudis pada kulit kepala
- Mengekalkan kelembapan kulit kepala
- Membantu melebatkan rambut
Kandungan Syampo Herba
Serai Wangi (Minyak Citronella): Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat untuk kesihatan tubuh badan termasuklah rambut. Ia mampu menyahtoksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti baktera dan kulat yang akan merosakkan rambut dan kulit kepala. Selain itu, serai wangi turut berupaya mengawal minyak pada kulit kepala, mengekalkan kehalusan dan kelembapan rambut dan kulit kepala serta mengatasi masalah rambut yang kusut.
Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga mampu menanggalkan kekotoran pada rambut dan kulit kepala, mengatasi masalah kelemumur dan kulit kepala yang berkerak di samping melancarkan peredaran darah di bahagian kulit kepala seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut. Selain membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala, ia turut berupaya mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit kepala anda.
Mengkudu: Buah mengkudu ternyata membekalkan manfaat untuk rawatan rambut. Ia berupaya mencegah dan mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur di samping mengembalikan warna asal rambut.
Bunga Raya Putih: Bunga raya putih kaya dengan khasiat untuk memelihara kesihatan dan kecantikan rambut. Ia berupaya melebatkan rambut yang nipis dan mejadikan rambut anda tampil bersinar, di samping mengembalikan warna asal rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
Minyak Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba yang berasal dari Arizona, California dan Mexico serta kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E untuk untuk memelihara kesihatan tubuh seperti kulit, kuku, bibir dan rambut. Minyak Jojoba bersifat antibakteria serta mempunyai struktur molekum yang sama dengan sebum yang merupakan minyak kulit kepala, jadi ia amat sesuai digunakan untuk merawat masalah di bahagian rambut dan kulit kepala. Ia berupaya meredakan masalah rambut rosak, kelemumur dan kulit kepala yang kering di samping mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut.
Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia rendah kalori dan terbukti mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran manusia, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit kepala.
Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan, mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.
Cara Penggunaan Syampo Herba
- Basahkan rambut dan ratakan syampu sepenuhnya pada kulit kepala dan rambut
- Urut perlahan-lahan selama 3 minit
- Bilas sehingga bersih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan