Rawatan Rambut Ginseng - Shafi Malaysia

shafi-v2

Kesihatan & Kecantikan

tagline-shafi

Post Top Ad

17 Mei 2014

demo-image

Rawatan Rambut Ginseng

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.
rawatan-rambut-ginseng

Diperkaya dengan khasiat dari sumber semulajadi yang bermutu tinggi seperti Ginseng, minyak kelapa dara, Jojoba, Rosemary, Aloe Vera dan Argan, Rawatan Rambut Ginseng diformulasi khusus untuk membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih kukuh dan sihat. 

Khasiat Rawatan Rambut Ginseng

  • Mencegah daripada keguguran rambut
  • Menggalakan pertumbuhan rambut
  • Melebatkan rambut
  • Memelihara kulit kepala sentiasa sihat
  • Memelihara struktur rambut agar kekal sihat dan kukuh
  • Mengatasi masalah kegatalan dan kudis pada kulit kepala

Kandungan Rawatan Rambut Ginseng

Ginseng: Herba yang sering ditemui di kawasan sejuk di Amerika Utara dan Asia Timur ini berperananan menggalakkan pertumbuhan rambut dan sel-sel kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengukuhkan rambut. Ginseng juga membantu mengatasi masalah kelemumur dan rambut beruban di samping melancarkan peredaran darah di bahagian kulit kepala.

Rosemary: Rosemary merupakan sejenis pokok renek malar hijau dan berasal dari Mediterranean dan Asia. Ia sering digunakan dalam bidang kulinari dan perubatan serta berupaya mencegah dari keguguran rambut dan menambah pigmen atau warna pada rambut yang beruban. Di samping itu, Rosemary yang berupaya menyahtoksin ini turut mampu menggalakkan pertumbuhan rambut agar ia lebih panjang dan kukuh, serta menggalakkan peredaran darah di bahagian kulit kepala sekaligus meningkatkan penyerapan di bahagian tersebut untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut.

Minyak Argan: Ramuan anti-oksida yang berasal dari pokok Argan dan sering terdapat di Maghribi ini kaya dengan vitamin dan berfungsi sebagai pelembap dan penawar untuk masalah kulit kepala di samping mencegah kerosakan sel.

Minyak Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba yang berasal dari Arizona, California dan Mexico serta kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E untuk untuk memelihara kesihatan tubuh seperti kulit, kuku, bibir dan rambut. Minyak Jojoba bersifat antibakteria serta mempunyai struktur molekum yang sama dengan sebum yang merupakan minyak kulit kepala, jadi ia amat sesuai digunakan untuk merawat masalah di bahagian rambut dan kulit kepala. Ia berupaya meredakan masalah rambut rosak, kelemumur dan kulit kepala yang kering di samping mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut.

Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia rendah kalori dan terbukti mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran manusia, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit kepala.

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan, mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.

Cara Penggunaan Rawatan Rambut Ginseng

  1. Cuci rambut dan kulit kepala dengan syampu terlebih dahulu
  2. Ratakan Rawatan Rambut Ginseng ke permukaan kulit kepala dan rambut
  3. Disyorkan untuk menggunakan Syampo Herba Tropica Herba untuk kesan yang efektif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

undefined

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *