Teh Tarik Tudya mengandungi agen antioksida, antiradang, dan antibakteria dari sumber herba semulajadi yang bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kecergasan, malah berupaya memelihara kesihatan seisi keluarga.
Khasiat Teh Tarik Tudya
- Meningkatkan tenaga dan tahap kecergasan
- Membuang angin dalam badan
- Menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan
- Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit
- Memelihara sistem penghadaman dan pencernaan
- Mengatasi masalah sembelit
- Meningkatkan tahap metabolisme
- Mengatasi keletihan dan kelesuan
- Menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mengurangkan sakit sendi dan ketegangan otot
- Mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil bagi wanita
- Sesuai untuk wanita selepas bersalin
Kandungan Teh Tarik Tudya
Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
Serai: Serai bukan sahaja antara bahan masakan yang sering digunakan di Malaysia, malah mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat sakit kepala, otot dan sendi di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan menyingkirkan toksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Selain menggalakkan fungsi sistem saraf, menyihatkan kulit, serai juga mengandungi sebatian Citral yang membantu mematikan sel kanser dalam tubuh badan.
Ketumbar: Ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem penghadaman dan pencernaan.
Pulosari: Herba ini sering digunakan dalam rawatan tradisional bagi membantu mengatasi demam, ulser, batuk serta masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil.
Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meredakan tekanan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
Cara Penggunaan Teh Tarik Tudya
- Bancuh 1 uncang bersama secawan air panas.
- Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
- Boleh diambil pada bila-bila masa terutamanya ketika sarapan pagi untuk kecergasan tubuh sepanjang hari.
- Sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan