Bengkung Tradisional Nona Roguy - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

12 Julai 2013

Bengkung Tradisional Nona Roguy

Bengkung Tradisional Nona Roguy direka khusus untuk ibu bersalin bagi membantu mengembalikan bentuk tubuh yang lebih ramping di samping membantu menguatkan otot yang lemah akibat proses kehamilan dan melahirkan anak. Ia sesuai untuk kegunaan bentuk tubuh yang berbeza kerana ia boleh dilaras dari saiz M hingga XL.

Proses kehamilan dan melahirkan anak ternyata memberi kesan dan perubahan terhadap tahap kesihatan dan bentuk fizikal seorang wanita. Di samping mengalami perubahan bentuk badan, bahagian dalaman seperti otot, rahim, tulang, urat saraf, sendi dan organ ibu bersalin juga semakin lemah akibat regangan yang berlaku ketika mengandung dan melahirkan anak.

Oleh sebab itu, amalan berbengkung amat digalakkan di kalangan ibu bersalin kerana ia bukan sahaja mampu mengatasi masalah perut buncit, lemak yang menggelebeh serta membentuk tubuh badan idaman anda, malah penggunaan yang konsisten dan berterusan memberikan kesan positif terhadap kesihatan dalaman ibu bersalin kerana ia berupaya mengecutkan rahim serta menguatkan otot-otot yang lemah seterusnya meningkatkan tahap kesihatan ibu dalam pantang.

Kebaikan Bengkung Tradisional Nona Roguy

  • Mempunyai saiz dan potongan mengikut tubuh badan untuk keselesaan anda
  • Mudah untuk digunakan
  • Membantu membentuk tubuh idaman anda
  • Membantu membentuk kembali pinggul ibu dalam pantang
  • Memperbaiki postur tubuh
  • Meramping dan mengempiskan perut
  • Menguatkan semua otot yang regang dan lemah
  • Menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang
  • Penggunaan yang berterusan mampu merapatkan otot faraj dan mengecutkan otot rahim

Cara Penggunaan Bengkung Tradisional Nona Roguy

  1. Laraskan Bengkung Tradisional Nona Roguy mengikut keselesaan saiz tubuh badan. Gunakan cangkuk bengkung yang mudah dilaras darisaiz M hingga XL.
  2. Pegang badan bengkung mengikut keselesaan di bahagian atas bengkung.
  3. Mulakan ikatan bengkung dari tengah.
  4. Ikat secara berselang-seli dari tengah ke bahagian atas bengkung.
  5. Tarik tali ikatan terakhir dengan kemas mengikut keselesaan.
  6. Kemudian, mulakan ikatan terakhir di bahagian bawah bengkung hingga ke bahagian tengah (bagi memudahkan anda untuk membuang air tanpa perlu membuka kesemua ikatan bengkung).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.