Minuman Kesihatan Ubat Bijian merupakan gabungan herba-herba tradisional dan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa-doa terpilih bukan sahaja untuk meningkatkan kesihatan ibu bersalin, malah untuk memohon perlindungan daripada Allah.
Minuman Kesihatan Ubat Bijian mengandungi herba-herba tradisional seperti temulawak, lada pintal, kayu serapat dan tahi angin yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin, di samping membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin, serta membekalkan tenaga kepada tubuh para ibu.
KHASIAT Minuman Kesihatan Ubat Bijian
- Membantu mengecutkan rahim
- Membuang angin dan toksin
- Menghilangkan bisa-bisa di dalam badan
- Merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak
- Mengurangkan sakit pinggang dan sakit urat
- Membantu mengurangkan berat badan
- Meningkatkan tenaga dalaman
- Melancarkan kembali kitaran haid
KANDUNGAN Minuman Kesihatan Ubat Bijian
Temulawak: Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan untuk menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.
Lada Pintal: Lada Pintal juga berperanan penting dalam perubatan tradisional. Ia membantu mengatasi masalah keputihan serta menyah bau yang kurang enak pada bahagian intim wanita dan keseluruhan tubuh badan.
Kayu Serapat: Kayu Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Kayu Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.
Tahi Angin (Usnea Barbata Fries): Juga dipanggil Kayu Angin, herba ini merupakan sejenis lumut yang berupaya membantu melancarkan sistem pencernaan di samping mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti cirit-birit, batuk dan demam.
CARA PENGGUNAAN Minuman Kesihatan Ubat Bijian
- Ambil 1 sudu teh Minuman Kesihatan Gamat Manjakani sebelum sarapan dan makan malam
- Sebaiknya mulakan Bismillah, selawat sebanyak 3 kali, surah Al-Fatihah, bacaan 'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah' dan berdoa di dalam hati sebelum menggunakan minuman ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan