Mandian Sauna Herba Anugerah mengembalikan kecantikan tubuh badan adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Mandian Sauna Herba membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui tindakan haba yang dikenakan semasa anda mandi sauna atau mandi biasa.
Mandian Sauna Herba Anugerah diperkaya dengan herba-herba tradisional seperti temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita terutamanya bagi kaum ibu setelah bersalin. Mandian/Sauna Herba juga telah dibacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan doa-doa terpilih kalam suci Al-Quran.
KHASIAT Mandian Sauna Herba Anugerah
- Mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan
- Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang terutamanya semasa bersalin
- Melancarkan peredaran darah
- Menghilangkan masalah keputihan
- Menghaluskan tekstur kulit
KANDUNGAN Mandian Sauna Herba Anugerah
Temulawak: Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan untuk menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.
Mengkudu (Radix Morinda Elliptica): Mengkudu berkesan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah penyakit, memulihkan semula sel dalam tubuh, membasmi bakteria, juga melancarkan sistem pencernaan. Selain itu, mengkudu juga membantu mengeluarkan toksin, mengatasi masalah keputihan kegatalan dan juga menyahbau yang tidak enak pada bahagian intim wanita.
Lempoyang: Ramuan ini merupakan sebahagian dari keluarga halia. Lempoyang digunakan secara tradisional untuk membersih dan mencantikkan kulit, menambah selera makan, mengatasi masalah pernafasan dan bau badan. Selain berupaya membuang angin dalam badan, ia juga berupaya untuk merawat penyakit kanser serviks dan anaemia di samping menggalakkan penghasilan susu ibu.
Tahi Angin (Usnea Barbata Fries): Juga dipanggil Kayu Angin, herba ini merupakan sejenis lumut yang berupaya membantu melancarkan sistem pencernaan di samping mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti cirit-birit, batuk dan demam.
CARA PENGGUNAAN Mandian Sauna Herba Anugerah
- Rebus satu uncang herba di dalam air mendidih sehingga mengeluarkan bau herba yang wangi
- Kemudian campurkan air mandian herba dengan air biasa semasa hendak mandi
- Keringkan uncang yang telah digunakan untuk kegunaan selanjutnya. 1 pek herba boleh digunakan sebanyak 2 kali sahaja.
As salam,
BalasPadamnak tanya, 1 kotak Madian/Sauna Herba Anugerah ada berapa uncang yer?? TQ
rasanya ada 6 uncang..
BalasPadam