Aurawhite Beauty Gluta Collagen - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

16 Julai 2013

Aurawhite Beauty Gluta Collagen

Aura White Gluta Collagen merupakan formulasi terbaik khusus untuk kecantikan dalaman dan luaran. Ia menggabungkan khasiat kolagen bersama pelbagai jenis vitamin, mineral dan ramuan semulajadi yang bukan sahaja mampu melindungi kulit daripada kerosakan, malah berkesan untuk meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit anda tampil lebih gebu, segar dan berseri.

Khasiat Aura White Gluta Collagen

  • Membantu menyerlahkan keremajaan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Mencerahkan kulit wajah dan tubuh badan
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kering, kasar dan kusam
  • Memudarkan kesan parut
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengatasi masalah radang, jerawat, jeragat, parut, bintik-bintik hitam serta kesan rekahan
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV)
  • Turut berupaya memelihara kesihatan jasmani secara menyeluruh

Kandungan Aura White Gluta Collagen

Kolagen Terhidrolisis: Kolagen yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mengandungi asid amino mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit serta meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.

Tomato (Solanum Lycopersicum): Buah tomato kaya dengan kandungan vitamin A dan C yang bertindak sebagai antioksidan bagi menentang proses penuaan serta kerosakan kulit akibat radikal bebas dan sinaran UV. Ia juga ternyata berkesan untuk mengecilkan liang pori, mencerahkan kulit serta membantu merawat pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, eczema dan psoriasis. Malah, tomato juga berupaya mengawal penghasilan sebum atau minyak di dalam lapisan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah liang pori yang tersumbat serta tona kulit yang tidak sekata.

Maquiberi (Aristotelia Chilensis): Maquiberi ternyata tinggi kandungan antioksidan yang dapat menentang proses penuaan serta kerosakan kulit akibat radikal bebas dan sinaran UV. Ia bertindak mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus seterusnya membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.

Roselle (Hibiscus Sabdariffa): Roselle tinggi kandungan vitamin A dan C yang kaya dengan kebaikan antioksidan bagi mengatasi kerosakan dan proses penuaan kulit. Malah, roselle juga mampu mempercepatkan pemulihan luka di samping bertindak melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari serta menguatkan sistem imunisasi bagi menentang serangan penyakit.

Beri Campuran: Kebanyakan beri seperti blueberi, bearberi mahupun elderberi ternyata kaya dengan antioksidan dari sumber vitamin C, anthocyanin dan asid ellagik yang berupaya melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas, toksin mahupun radiasi ultraviolet (UV) seterusnya membantu mengekalkan keremajaan kulit.

Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C dan asid elagik yang berperanan meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit di samping kandungan asid salisilik yang berupaya membuang sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori sekaligus menghaluskan lagi kulit. Di samping itu juga, strawberi turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan cela pada wajah, merawat kesan alahan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang mempercepatkan proses penuaan.

Cara Penggunaan Aura White Gluta Collagen

  1. Campurkan 2 sudu Aura White Gluta Collagen bersama segelas (120 ml) air sejuk ke dalam shaker.
  2. Goncang hingga kandungan di dalam shaker larut dan ia sedia untuk diminum.
  3. Serbuk Aura White Gluta Collagen boleh juga dikemam begitu sahaja.
  4. Amalkan 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum waktu tidur.
  5. Untuk hasil yang terbaik, ambil produk ini ketika perut kosong.

12 ulasan:

  1. aurawhite botol dia ada size kecik dan besar atau 1 size je?

    shafi: rasanya ada satu saiz saje..900g

    BalasPadam
  2. ada stok x?

    shafi: ada stok..

    BalasPadam
  3. aura slim shake ada tak?

    shafi: maaf ..tiada puan..kami tak jual..

    BalasPadam
  4. Sy berminat nk minum aurawhite ni.persoalan sy,Aura white ni yg original ke?sy ada buka website yg jual aurawhite n suh bhati2 dgn tiruan yg harga djual bawah rm150. Mohon penjelasan.sy pn jd konpius skrg...

    shafi: produk kami original..kami ambil dr supplier herbacinta di shah alam..

    BalasPadam
  5. yg mkn aura white nie klu dy merokok ada effect x ?

    shafi: mungkin kesan/hasil aura white tak berapa sangat pada si perokok..

    BalasPadam
  6. saya pregnant 5 bulan...boleh consume produk ni x?

    shafi: maaf, kami tak berani nak syorkan produk ni utk wanita mengandung..

    BalasPadam
  7. aura white ada stok lagi..

    BalasPadam
  8. mcm nk order...then perlu refer sape

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum.. Sy ada persoalan. Sy ada mengambil minuman kesihatan,, bolehkah sy ambil produk aura white ini? Adakah akan memudaratkan diri sy akibat berlebihan produk kesihatan?

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.