Tungku Herba Batu Lava - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

16 Julai 2013

Tungku Herba Batu Lava

Tungku Herba Batu Lava diperkaya dengan khasiat herba tradisional seperti kunyit, bonglai putih, serai wangi, limau purut, sirih, senduduk dan lengkuas khusus untuk membantu memulihkan tenaga ibu bersalin, mengembalikan bentuk badan yang ideal, mempercepatkan pemulihan rahim, melancarkan tekanan darah di samping membuang angin dalam badan.

Kebaikan Tungku Herba Batu Lava

  1. Memulihkan kesihatan dan tenaga ibu yang baru bersalin
  2. Mempercepatkan pemulihan rahim
  3. Membantu menyingkirkan angin dan toksin dalam badan
  4. Membantu merawat sakit kepala, sendi, urat dan usus
  5. Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  6. Merawat keletihan dan kelesuan
  7. Meningkatkan metabolisme dan pembakaran kalori serta lemak
  8. Melancarkan peredaran darah
  9. Membantu meredakan tekanan

Kandungan Tungku Herba Batu Lava

Kunyit: Kunyit bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah kuman, menyembuhkan luka, mengatasi gatal dan penyakit kulit. Ia juga sering digunakan sebagai skrub untuk mencerahkan kulit, menghilangkan bintik hitam, serta menegangkan kulit.

Bonglai Putih: Bonglai Putih merupakan herba yang sarat dengan khasiat karbohidrat, glukosa, serat, alkaloid, kalsium dan zat besi di samping fosforus, kalium dan magnesium. Penggunaan herba ini dalam Tungku Herba Batu Lava memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin dengan membantu membuang angin dari dalam perut, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengatasi masalah darah yang bertoksin. Di samping itu, bonglai putih juga berperanan merawat kesakitan di bahagian kepala, sendi, urat dan usus di samping berupaya menyembuhkan demam, kolera dan sembelit.

Batu Lava Gunung Berapi: Batu lava telah yang sering dijadikan batu refleksologi ini telah digunakan oleh masyarakat zaman dahulu dalam perubatan tradisional kerana ia mengandungi bahan mineral seperti magnesium dan silica yang membantu memulihkan kesihatan ibu setelah bersalin di samping melancarkan tenaga dalam tubuh badan.

Serai Wangi: Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh serta membuang angin dan toksin dari tubuh sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan terutamanya bagi ibu dalam pantang.

Halia: Halia dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori di samping membantu meningkatkan suhu tubuh sekaligus menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh badan

Lengkuas: Lengkuas atau nama botaninya, Alpinna Galanga sering tumbuh di kawasan tropika dan bukan sahaja digunakan sebagai bahan masakan, malah turut mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Lengkuas yang bersifat antiradang ini membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan dan mengatasi masalah kulit seperti selulit. Herba ini juga turut membantu meredakan kesakitan pada otot selain berupaya membantu merawat dan mengurangkan risiko tumor.

Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksidan dan membantu mengekalkan kelembapan kulit selain berupaya meneutralkan radikal bebas akibat pencemaran bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan. Limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga, di samping melancarkan peredaran darah sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman.

Pandan: Selain memberi aroma yang harum, daun pandan turut berkhasiat untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, menguatkan sistem saraf, selain menenangkan ibu dalam pantang.

Sirih: Daun sirih bersifat antiseptik dan mampu membuang angin dalam badan, menentang jangkitan mikroorganisme di samping mengatasi masalah kegatalan pada kulit, di samping mengatasi masalah keputihan dan bau yang tidak menyenangkan pada bahagian intim wanita.

Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman. Selain itu juga, senduduk berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita selepas bersalin. Ia juga bertindak merawat keputihan dan buasir di samping membuang angin dalam badan.

Nilam: Selain meredakan tekanan, menyegarkan tubuh badan dan menentang penuaan kulit, minyak nilam yang bersifat antibakteria ini terbukti mampu membantu melancarkan sistem pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, menentang jangkitan mikroorganisme, memelihara kesihatan jantung di samping berupaya mengatasi masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.

Kayu Manis: Herba yang sering menjadi bahan masakan ini bukan saja berkhasiat untuk kesihatan organ dalaman, malah berkesan untuk membantu mengecutkan jerawat selain berperanan melembutkan kulit.

Asam Jawa: Pohon asam atau nama botaninya Tamarindus Indica berasal dari Afrika berupaya membantu memulihkan demam, mengatasi masalah tekanan darah rendah dan keputihan di samping mengawal kadar kolestrol, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan.

Cara Penggunaan Tungku Herba Batu Lava

  1. Kukus Tungku Herba Batu Lava selama 10 hingga 15 minit.
  2. Setelah mencapai kepanasan yang sesuai, tuam pada seluruh tubuh badan.
  3. Tumpukan pada bahagian sendi, perut, pinggang, peha dan betis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.