Diadun dengan biji kopi Arabica Mendahling dan Mahkota Dewa, Kopi Al Jannah Mahkota Dewa juga mempunyai pelbagai herba lain yang terbukti berkhasiat untuk kesihatan dan kesegaran penggemar kopi. Ia dikisar rapi bagi menghasilkan rasa yang enak dan keharumannya pasti memukau penggemarnya.
Kandungan: 20 sachet
Khasiat Kopi Al Jannah Mahkota Dewa
- Menguatkan sistem imunisasi
- Mengurangkan kolestrol
- Membuang angin dalam badan
- Menambah tenaga zahir dan batin
- Mengatasi tekanan darah tinggi
- Membantu merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit
- Meningkatkan kesegaran tubuh badan
Kandungan Kopi Al Jannah Mahkota Dewa
Kopi: Mengikut kajian pakar, kopi berupaya untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah penyakit, merawat kanser, mengatasi penyakit jantung, kencing manis dan juga strok. Kafein yang terkandung di dalam kopi akan menyegarkan peminumnya di meringankan sakit kepala, meningkatkan daya tumpuan, membantu sistem pernafasan, dan meningkatkan tahap tenaga dan kesuburan lelaki.
Mahkota Dewa: Ia mempunyai beberapa zat aktif yang berkhasiat untuk meneutralkan racun dalam tubuh badan, mencegah bakteria, dan virus, meningkatkan system imun tubuh, mengurangkan kadar gula dalam darah, mengurangkan penggumpalan darah, melancarkan peredaran darah dalam tubuh selain mengelakkan pembuluh darah tersumbat. Ia juga dapat mengurangkan kandungan kolestrol, mengurangkan rasa sakit, mengurangkan risiko penyakit jantung, dan mencegah alergi.
Lempoyang: Ramuan ini merupakan sebahagian dari keluarga halia. Lempoyang digunakan secara tradisional untuk membersih dan mencantikkan kulit, menambah selera makan, mengatasi masalah pernafasan dan bau badan. Ia juga berupaya untuk merawat penyakit kanser serviks, dan anaemia.
Temulawak: Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan untuk menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan.
Goji: Ramuan ini kaya dengan nutrien yang mampu menukar makanan kepada tenaga dan bukannya lemak, menurunkan kadar lemak dalam tubuh, meningkatkan pembuatan tisu otot tanpa lemak, mengawal metabolisme tubuh. Beri Goji juga menguatkan kelenjar yang bertanggungjawab untuk menjana tenaga, pertumbuhan otot.
Kayu Manis: Juga panggil Cinnamon, kayu manis sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berupaya mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan kadar kolestrol, mengurangkan pembiakan sel kanser, menyeimbangkan kandungan hormon,
Halia: Ramuan ini adalah antara herba yang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Halia juga terbukti dapat meningkatkan suhu tubuh untuk membantu mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh. Halia juga bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan perut.
Buah Pala: Buah Pala yang berasal dari kepulauan Kota, Maluku ini berkesan untuk meredakan kesakitan pada perut, melancarkan saluran pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat kulit yang berjerawat.
Kulit Manggis: Ia mempunyai pelbagai khasiat dan berkesan untuk mengawal tahap gula dalam darah, meningkatkan tahap stamina, mengawal tahap kolestrol, mengatasi masalah kuit yang bersisik, berkudis dan kegatalan, serta melambatkan proses penuaan. Kaya dengan Vitamin C, kulit manggis berupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh terhadap penyakit. Ia juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan melegakan sakit perut.
Mengkudu: Mengkudu berkesan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah penyakit, memulihkan semula sel dalam tubuh, membasmi bakteria, juga melancarkan sistem pencernaan.
Ginseng: Sering terdapat di Hemisfrea Utara, Amerika Utara dan benua Asia, ginseng mempunyai pelbagai khasiat seperti melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah kanser, menambahkan stamina serta tenaga zahir dan batin, mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.
Jerangau: Jerangau mampu merawat pelbagai jenis penyakit dan mengawal sistem pencernaan, membantu sistem penghadaman, menambah tenaga batin, di samping merangsang selera makan.
Cara Penggunaan Kopi Al Jannah Mahkota Dewa
- Bancuh kopi mahkota dewa hanya menggunakan sudu plastik sahaja.
- Tidak digalakkan untuk diambil oleh wanita mengandung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan