Miliki wajah yang lebih halus, cerah, muda dan berseri dengan Collagen Lightening Night Cream V'Asia. Ia merupakan rumusan istimewa menggunakan adunan kolagen, likuoris dan jambu batu serta turut diperkaya dengan kebaikan vitamin C yang ternyata mampu mengembalikan kejelitaan dan keremajaan kulit wajah anda.
Kandungan: 6 gm
Kebaikan Collagen Lightening Night Cream V'Asia
- Membantu proses pencerahan kulit wajah
- Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit wajah
- Memperbaiki sel dan struktur kulit
- Memperbaharui sel kulit wajah
- Membantu mengekalkan keremajaan kulit
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Membantu merawat masalah jerawat, jeragat, parut dan bintik-bintik hitam
- Memudarkan kesan lingkaran hitam bawah mata
- Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
- Membantu mencegah proses penuaan kulit
- Menyegarkan kulit wajah
- Menjadikan kulit wajah anda tampil lebih berseri
Kandungan Collagen Lightening Night Cream V'Asia
Beeswax: Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
Allantoin: Allantoin merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan pemulihan sel tubuh dan mengekalkan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah luka, kesan terbakar, dan parut.
Vitamin E: Vitamin E merupakan agen antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
Lobak (Daucus Carota Sativa): Lobak ternyata kaya dengan vitamin A, mineral dan antioksidan yang bukan sahaja berupaya menaikkan seri kulit, malah berkesan untuk menyingkirkan kesan cela dan penuaan seperti parut, jeragat, bintik-bintik hitam serta kedutan. Di samping itu, ia juga dapat membantu mengatasi masalah pigmentasi dan tona yang tidak sekata, mengekalkan keanjalan kulit, melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari serta mencegah proses penuaan.
Lemon (Citrus Medica Limonum): Buah lemon yang kaya dengan kebaikan vitamin C dan asid sitrik ini berkesan untuk menegangkan kulit serta menyingkirkan bakteria yang menyebabkan masalah kulit seterusnya membantu mengatasi masalah jerawat, parut, jeragat dan kulit berminyak.
Cara Penggunaan Collagen Lightening Night Cream V'Asia
- Bersihkan wajah dan gunakan penyegar atau toner.
- Sapu dan ratakan Collagen Lightening Night Cream secara nipis pada permukaan kulit wajah.
- Amalkan setiap malam.
- Untuk kulit sensitif, jarakkan penggunaan kepada selang satu malam.
- Jika terdapat reaksi pada kulit, jarakkan penggunaan kepada 2-3 malam. Jika tidak, gunakan pada setiap malam.
Saya MOHD. AZHAR BIN AZMI di alamat PEJABAT MARA GUA MUSANG, WISMA SRI GALAS, BANDAR BARU GUA MUSANG, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN, no. telefon saya 014-5020765 telah membuat tempahan Pembelian Produk sebagaimana jumlah bayaran RM 207.55 pada 29 Julai 2013 dan saya telah menerimanya barangan tersebut dalam keadaan selamat pada 4 Ogos 2013. Yang menjadi permasalahan adalah salah satu barangan sebagaimana gambar dibawah telah diterima dalam keadaan isi kandungan yang berlainan dengan kotak yang saya kehendaki.Jenis produk yang saya mahukan adalah KOD PRODUK: PM212N (COLLAGEN LIGHTENING NIGHT CREAM) dan bukannya SUNBLOCK SILKY DAY CREAM. Harap tolong sms alamat lengkap bagi pemulangan semula barang yang tersilap ini.
BalasPadamshafi: kami dah terima barang yang tersilap tu.. dan ganti dengan yang baru ..