Lunas Bedak Berherba diperkaya dengan gabungan herba dan ramuan semulajadi yang bermutu tinggi serta berkesan untuk mengatasi masalah jerawat dan resdung seterusnya membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan kulit.
Khasiat Lunas Bedak Berherba
- Mengatasi masalah jerawat dan resdung
- Menyingkirkan sel kulit mati
- Memelihara kehalusan kulit
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Memelihara keremajaan kulit
- Membasmi kuman dan bakteria yang menyebabkan masalah kulit
- Mengurangkan kesan kedutan, parut dan garis-garis halus
Kandungan Lunas Bedak Berherba
Beras (Oryza Sativa): Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkir sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.
Amla (Emblica Officinalis): Turut dipanggil gooseberry, tumbuhan yang bersifat antioksidan ini berupaya mencegah kerosakan sel seterusnya memelihara kulit daripada proses penuaan dan serangan kanser di samping membantu mengawal kadar minyak pada kulit, mengecilkan liang pori, menyingkir sel kulit mati dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Serai (Vetiveria Zizanoid): Serai berupaya menyingkirkan toksin dari kulit bagi membantu mencegah proses penuaan kulit di samping bersifat antiseptik bagi mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit. Serai juga berupaya mengatasi masalah kulit berminyak serta membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu menyahtoksin, mengatasi masalah jerawat, mengurangkan kesan parut, menyerlahkan seri wajah di samping berfungsi sebagai agen antioksida yang baik bagi melambatkan proses penuaan kulit.
Kaolin: Kaolin merupakan sejenis tanah liat yang berupaya menanggalkan sel kulit mati, mengawal penghasilan minyak pada kulit dan menyingkirkan toksin dari kulit seterusnya membantu memelihara keremajaan dan kehalusan kulit.
Calamine: Sebatian ini berupaya mengatasi pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, kegatalan dan kulit terbakar disamping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Calamus (Acorus Calamus): Herba yang sering digunakan dalam rawatan tradisional ini kaya dengan kandungan antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan kulit di samping membantu mengatasi masalah kulit terbakar, ruam dan bisul.
Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza): Temulawak yang berasal daripada keluarga halia ini berperanan menyingkirkan toksin, mencegah serangan bakteria yang boleh merosakkan kulit serta merupakan ramuan yang baik bagi membantu mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
Kunyit Liar (Curcuma Aromatica): Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
Lengkuas (Alpinia Galanga): Lengkuas bukan sahaja digunakan sebagai bahan masakan, malah turut mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Lengkuas yang bersifat antiradang ini membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan dan mengatasi masalah kulit seperti selulit. Herba ini juga turut membantu meredakan kesakitan pada otot selain berupaya membantu merawat dan mengurangkan risiko tumor.
Cara Penggunaan Lunas Bedak Berherba
- Ambil setengah paket Lunas Bedak Berherba dan bancuh bersama 2 sudu air sejuk.
- Sapu dan ratakan bancuhan tersebut pada muka.
- Biarkan selama 10-20 minit dan bilas hingga bersih.
- Gunakan 2 hingga 3 kali seminggu untuk hasil terbaik.
salam.nak tanya Premium Diet Plus Fibre sesuai untuk ibu menyususu bayi x.tq.
BalasPadamSeronok sngat pakai benda nie. saya pakai berkesan :)
BalasPadam