Minuman Habbatus Sauda Bermadu diadun daripada dua ramuan asli yang bertindak sebagai penawar bagi membantu mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan seperti lelah, alahan, gout dan penyakit sendi di samping membantu meningkatkan tahap kecergasan yang berpanjangan.
Habbatus Sauda dan madu lebah telah disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Hadith sebagai antara penawar yang terbaik bagi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.
Firman Allah mengenai kebaikan madu: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” (Surah An-Nahl ayat 68-69).
Selain berkesan untuk mempercepatkan pemulihan luka, madu yang bersifat antioksidan ini juga mampu meningkatkan kecerdasan dan keupayaan minda seterusnya sesuai untuk diamalkan bagi golongan pelajar dan penghafaz Al-Qur'an.
Manakala Habbatus Sauda pula diperakui mampu membantu anda mengatasi masalah pernafasan, menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit serta melancarkan peredaran darah seterusnya membantu menggalakkan fungsi organ dalaman.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tetaplah Kamu dengan Habbatus Sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
Khasiat Minuman Habbatus Sauda Bermadu
- Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan jasmani
- Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit
- Menggalakkan fungsi organ dalaman
- Mengatasi masalah fungsi hati dan buah pinggang
- Mencegah penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi
- Melancarkan proses penghadaman
- Menstabilkan tekanan darah
- Menjana kecerdasan dan keupayaan minda
- Meningkatkan daya tumpuan dan memori
- Membantu mencegah masalah radang
- Merawat masalah lelah dan batuk berkahak
- Membantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh
Kandungan Minuman Habbatus Sauda Bermadu
Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
Madu Lebah: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka.
Cara Penggunaan Minuman Habbatus Sauda Bermadu
- Campurkan 1⁄4 sudu Minuman Habbatus Sauda Bermadu bersama secawan air panas atau suam.
- Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
- Boleh dinikmati pada waktu pagi dan petang.
as salam..
BalasPadamstok ini masih ada jugak ke? kalo ada saya nak beli stok ini + Air Habbatus Sauda jugak..
shafi: stok ku22b masih ada lagi..air habbatus sauda pun ada stok lagi..
mcm mana proses pbelian n penghantaran?
BalasPadamshafi: cara beli di link berikut http://shafi.my/pembelian/ .. jika order yang sampai pada kami sebelum pkl 11am ,kami akan bungkus segera..jika sampai selepas 11 am kami akan bungkus keesokkan hari bekerja.. pos ambil masa 1-3 hari bekerja utk serahkan pesanaan puan..
Produk ni sesuai utk kanak2/bayi? Anak saya ada asma sy terbaca madu dan HS penawar. Terima Kasih
BalasPadam