Minyak Hangat Afiat - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

17 Jun 2012

Minyak Hangat Afiat

Minyak Hangat Afiat dirumus secara tradisional menggunakan herba yang terbukti kebersenannya untuk melegakan sengal-sengal sendi dan otot, pening kepala, angin dalam badan, serta masalah pernafasan.

KHASIAT MINYAK HANGAT AFIAT

  • Untuk melegakan sengal-sengal sendi
  • Merawat sakit otot dan pinggang
  • Melegakan perut kembung
  • Melegakan sakit kepala
  • Melegakan masalah pernafasan

KANDUNGAN MINYAK HANGAT AFIAT

Minyak Wintergreen: Minyak Wintergreen yang sering digunakan dalam bidang aromaterapi dan perubatan tradisional ini bersifat antiseptik dan bertindak mencegah kuman, menyembuhkan luka, serta mengatasi masalah kulit. Ia juga berperanan mengatasi penyakit sendi dan otot serta melegakan perut kembung serta selsema.

Menthol: Sebatian organik yang sering dihasilkan dari pudina dan kayu putih ini sering berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit, selain melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah radang, melegakan perut kembung, sakit kepala dan masalah pernafasan.

Minyak Kayu Putih: Sering dipanggil minyak cajeput di Indonesia, minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.

Minyak Pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit. Ia juga berfungsi dalam penghapusan toksin dari tubuh badan.

Thymol: Sebatian organik ini bersifat antiseptik, antikulat dan antioksidan yang berperanan mencegah daripada jangkitan serta melegakan masalah pernafasan.

Kapur Barus: Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini telah digunakan berabad lamanya untuk tujuan masakan, perubatan tradisional serta mandian jenazah. Ia dihasilkan daripada pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora) dan juga boleh dihasilkan secara sintetik. Ia mampu menenangkan bahagian luaran tubuh.

CARA PENGGUNAAN

  1. Sapukan pada bahagian tubuh yang sakit
  2. Boleh digunakan pada bila-bila masa
  3. Untuk kegunaan luar sahaja

1 ulasan:

  1. salam, ada lagi tak stok produk ni?

    shafi: maaf..stok produk ni dah habis..

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.