Minyak Afiat (bulat) dirumus secara tradisional menggunakan herba yang terbukti kebersenannya untuk melegakan sengal-sengal sendi dan otot, pening kepala, angin dalam badan, serta masalah pernafasan.
KHASIAT MINYAK AFIAT (BULAT)
- Melegakan sengal-sengal sendi dan tulang
- Menghilangkan keletihan dan lenguh-lenguh badan
- Membuang angin dari tubuh
- Melegakan perut kembung
- Merawat luka dan kesan gigitan serangga
KANDUNGAN MINYAK AFIAT (BULAT)
Kapur Barus: Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini telah digunakan berabad lamanya untuk tujuan masakan, perubatan tradisional serta mandian jenazah. Ia dihasilkan daripada pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora) dan juga boleh dihasilkan secara sintetik. Ia mampu menenangkan bahagian luaran tubuh.
Minyak Serai Wangi: Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.
Minyak Kayu Putih: Sering dipanggil minyak cajeput di Indonesia, minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.
Minyak Kelapa: Minyak kelapa berupaya melembutkan kulit yang kasar dan kering serta mampu menanggalkan kesan mekap dengan berkesan. Ia juga berperanan untuk melembap dan menyerikan lagi kulit wajah. Selain itu, masalah yang berkaitan dengan kulit seperti kulit sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit juga dapat diatasi dengan menggunakan minyak kelapa.
CARA PENGGUNAAN MINYAK AFIAT (BULAT)
- Sapukan pada bahagian tubuh yang sakit
- Boleh digunakan pada bila-bila masa
- Untuk kegunaan luar sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan