Tungku Kukus Herba Jamu Mak Dara - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

07 Oktober 2011

Tungku Kukus Herba Jamu Mak Dara

Tungku Kukus Herba Jamu Mak Dara ini diperbuat herba dan rempah-ratus yang diadun khusus untuk mengembalikan tenaga ibu dalam pantang di samping membantu memulihkan rahim serta mengatasi keletihan dan kelesuan tubuh badan seterusnya mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan yang berpanjangan.

Kebaikan Tungku Kukus Herba Jamu Mak Dara

  • Memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin
  • Mempercepatkan pemulihan rahim
  • Membuang angin dan toksin dalam badan
  • Merawat sakit kepala, sendi, urat dan usus
  • Membekalkan tenaga fizikal
  • Merawat keletihan dan kelesuan
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Menggalakkan pembakaran kalori serta lemak
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meredakan tekanan

Kandungan Tungku Kukus Herba Jamu Mak Dara

Kunyit: Selain digunakan sebagai bahan masakan dan membuang angin dalam badan, kunyit yang bersifat antioksidan dan antiseptik ini turut bermanfaaat dalam rawatan kulit. Ia membantu menentang proses penuaan, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah jerawat, serta melancarkan peredaran darah.

Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Serai Wangi: Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.

Lengkuas: Lengkuas bukan sahaja digunakan sebagai bahan masakan, malah turut mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Lengkuas yang bersifat antiradang ini membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan dan mengatasi masalah kulit seperti selulit. Herba ini juga turut membantu meredakan kesakitan pada otot selain berupaya membantu merawat dan mengurangkan risiko tumor.

Kapur: Kapur yang sering dimakan bersama daun sirih ini dihasilkan daripada cengkerang hidupan laut seperti kepah, kupang dan siput melalui proses pembakaran sehingga menjadi abu. Ia sebenarnya baik untuk kesihatan di mana kapur membantu mengurangkan bengkak, menyingkir bau badan yang kurang menyenangkan di samping membantu mencegah dan merawat rekahan pada perut selepas melahirkan anak.

Daun Asam Jawa: Asam Jawa yang kaya dengan kandungan vitamin B dan kalsium ini berupaya membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti masalah pernafasan, demam dan penyakit kulit di samping mempercepatkan pemulihan luka dan mengatasi perut kembung. Selain itu, Asam Jawa turut berfungsi mengurangkan sakit sendi dan radang, di samping membantu mengukuhkan tulang dan otot.

Cara Penggunaan Tungku Kukus Herba Jamu Mak Dara

  1. Basahkan tungku dengan sedikit air sehingga ia lembap.
  2. Panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
  3. Lapiskan dengan satu lapis kain dan tuam pada bahagian yang bermasalah.
  4. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
  5. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.