Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang selesa untuk dipakai sepanjang tempoh berpantang serta berkesan untuk mengembalikan semula bentuk tubuh yang lebih ramping bagi ibu bersalin di samping membantu menguatkan otot yang lemah akibat proses kehamilan dan melahirkan anak.
Proses kehamilan dan melahirkan anak ternyata memberi kesan dan perubahan terhadap tahap kesihatan dan bentuk fizikal seorang wanita. Di samping mengalami perubahan bentuk badan, bahagian dalaman seperti otot, rahim, tulang, urat saraf, sendi dan organ ibu bersalin juga semakin lemah akibat regangan yang berlaku ketika mengandung dan melahirkan anak.
Oleh sebab itu, ibu bersalin digalakkan untuk menjalani proses berbengkung sepanjang tempoh berpantang.
Amalan berbengkung di kalangan masyarakat Melayu telah bermula sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia amat penting untuk ibu selepas bersalin bagi mengembalikan kelangsingan tubuh di samping membantu menguatkan otot yang lemah akibat regangan ketika hamil dan bersalin.
Bengkung juga sesuai dipakai oleh semua golongan wanita yang ingin memiliki perut yang kempis serta bentuk tubuh yang menawan.
Kebaikan Bengkung Jamu Mak Dara
- Membantu membentuk tubuh badan yang ideal
- Membantu membentuk kembali pinggul ibu dalam pantang
- Memperbaiki postur tubuh
- Meramping dan mengempiskan perut
- Menguatkan semua otot yang regang dan lemah
- Menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang
- Penggunaan yang berterusan mampu merapatkan otot faraj dan mengecutkan otot rahim
- Mudah untuk digunakan
- Bentuknya yang panjang dan lebar sesuai dipakai oleh semua jenis saiz tubuh
Cara Penggunaan Bengkung Jamu Mak Dara
- Bermula dari paras pinggul, balut kain bengkung dan menghala ke depan. Silangkan kedua-dua bahagian hujung kain dan ikat sekali.
- Bawa kedua-kedua hujung kain ke bahagian belakang tubuh dan silangkan dengan ketat dan kemas mengikut kesesuaian.
- Bawa semula kedua-dua hujung kain ke bahagian depan dan ikat sekali.
- Ulang langkah yang sama sehingga ia mencapai paras bawah payudara.
- Balut lebihan kain bengkung pada tubuh dengan kemas.
- Selitkan hujung kain di celah-celah lipatan kain bengkung tadi.
- Boleh digunakan seawal 3 hari selepas bersalin.
- Sebaiknya digunakan selama 8 jam sehari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
kalau i nak beli ni bengkung include postage total how much i have to pay?
BalasPadamTuan/Puan, pemunya page ini sila ambil perhatian.
BalasPadamGambar perempuan pakai Bengkung di atas adalah gambar saya.
Sila guna gambar anda sendiri jika ingin meniaga. Terima kasih.
Call saya 012-2254931 untuk kepastian. Saya juga adalah pemilik syarikat Yuslaily Yunos Inspire, Pengilang dan Pengeluar Bengkung terbesar di Malaysia. Harap Maklum
mau tanya saja,tidak sakit ka tu pakai bengkung?
BalasPadamshafi: mula mula pakai akan rasa tak selesa.. lama-lama bila dah biasa, kita akan rasa selesa memakainya..
assalammualaikum.....
BalasPadamwanita yang tak beranak a.k.a. gemuk leh guna x ini bengkung?
shafi: wasalam..boleh guna bengkung utk wanita gemuk..elokpakai bersama losyen panas..