Herba Res2 Jamu Jelita dilengkapi dengan Sabun Res2, Bedak Sejuk Berherba + Tanaka serta Corong Herba Res2 yang sarat dengan khasiat dari sumber herba yang berupaya membantu anda merawat masalah resdung di samping menjadikan kulit anda bebas daripada cela yang mengganggu keselesaan.
Kandungan:
- Sabun Res2
- Bedak Sejuk Berherba + Tanaka (60 ml)
- Corong Herba Res2 (2 batang)
Resdung merupakan sejenis radang yang boleh mengundang ketidakselesaan kepada penhidapnya. Antara simptom resdung adalah sakit kepala, kelemumur, hidung berair, hidung tersumbat, kerap bersin, nafas berbau serta kegatalan pada mata, hidung, wajah dan telinga.
Menggunakan herba-herba yang terpilih dan bermutu tinggi, set Herba Res2 yang mengandungi Sabun Res2, Bedak Sejuk Berherba + Tanaka serta Corong Herba Res2 bukan sahaja berupaya melegakan radang resdung yang anda alami, malah turut mampu membersihkan wajah dengan mendalam. Penggunaannya juga membantu mengeringkan jerawat, menyingkirkan lebihan minyak, meredakan kegatalan, menyegarkan wajah serta mengembalikan keremajaan kulit agar kekal halus, mulus, tegang, berseri dan awet muda.
Kebaikan Herba Res2
- Mengurangkan dan meredakan masalah resdung
- Menyingkirkan kotoran dan cela pada wajah
- Membantu mengatasi masalah jerawat, parut, dan bintik-bintik hitam
- Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
- Mengawal kadar minyak yang terhasil pada lapisan kulit
- Membantu menegangkan kulit wajah
- Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Menyingkir sel kulit mati
- Menghasilkan tona kulit yang lebih sekata
- Meningkatkan kecerahan kulit
- Mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka
- Mengurangkan kegatalan dan kulit yang kemerahan
- Membantu menyerlahkan kesegaran dan keremajaan kulit wajah
Kandungan Herba Res2
Sabun Res2
Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
Temulawak: Temulawak yang berasal daripada keluarga halia ini berperanan menyingkirkan toksin, mencegah serangan bakteria yang boleh merosakkan kulit serta merupakan ramuan yang baik bagi membantu mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
Kayu Manis: Juga dipanggil Cinnamon, kayu manis sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan kadar kolestrol, mengurangkan pembiakan sel kanser, menyeimbangkan kandungan hormon serta membantu mengecutkan jerawat.
Akar Wangi: Akar wangi merupakan antara ramuan semulajadi yang berkesan untuk merawat masalah jerawat pada kulit.
Buah Pala: Nutmeg atau buah pala berupaya mengekalkan kehalusan kulit, menyingkir sel kulit mati serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut dan bintik-bintik hitam.
Serai Wangi: Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyahtoksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
Kulit Limau: Bukan sahaja isi limau yang baik untuk kesihatan, malah kulitnya juga mengandungi khasiat dari sumber asid sitrik dan flavonoid yang bersifat antioksidan bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan penuaan kulit, manakala kandungan asid hidroksisinnamik dan phenol di dalam kulit limau membantu mengurangkan risiko serangan kanser kulit. Di samping itu, kulit limau turut berupaya mengatasi masalah jerawat, mengekalkan kehalusan kulit, meningkatkan kecerahan warna kulit, menyingkir sel kulit mati serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat agar kulit tampil lebih berseri.
Tawas (Alum): Tawas telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membasmi bakteria di samping menegangkan kulit dan mengurangkan kesan kedutan seterusnya menyerlahkan lagi kesegaran dan keremajaan kulit anda.
Akar Resdung: Akar resdung digunakan secara tradisional untuk merawat masalah resdung dengan mengurangkan lendir yang terhasil oleh tubuh dan masalah kegatalan pada muka sekaligus memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
Asam Keping: Turut dipanggil asam gelugur, ia kaya dengan khasiat, asid sitrik, serat, vitamin dan mineral serta bersifat antioksidan untuk meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Asid askorbik yang terkandung dalam asam keping ini pula berperanan untuk memelihara kulit daripada serangan bakteria.
Bedak Sejuk Berherba + Tanaka
Calamine: Sebatian ini berupaya mengatasi pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, kegatalan dan kulit terbakar disamping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Pegaga (Centella Asiatica): Pegaga kaya dengan vitamin A, vitamin C, protein, serat dan zat besi yang berupaya mempercepatkan penyembuhan luka, menghilangkan bintik-bintik hitam di samping menyerlahkan lagi seri wajah.
Chamomilla Recutita (Matricaria): Lebih dikenali dengan nama Chamomile, bunga ini mengandungi Flavonoid yang amat berkesan untuk merawat penyakit kulit sensitif serta vitamin B yang terkandung di dalam ekstraknya pula berperanan melega, melembap dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kawasan tubuh. Selain itu, bunga Camomile mampu mengurangkan kemerahan pada kulit, membersih kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti radang kulit, ekzema, ruam, jerawat, psoriasis dan bekas alahan kulit.
Likuoris (Glycyrrhiza Glabra):Turut dikenali dengan nama Akar Manis, ia berupaya mengatasi masalah kulit seperti eczema dan kegatalan di samping membantu merawat dan mencegah kerosakan kulit akibat serangan jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria.
Teh Hijau (Camellia Sinensis): Di samping baik untuk kesihatan dalam tubuh badan, teh hijau juga berkesan untuk rawatan kecantikan. Ia bukan sahaja mampu mencegah dan merawat radang, malah turut berupaya mengurangkan kemerah-merahan dan kegatalan pada kulit. Teh hijau turut kaya dengan kaya dengan antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan sel di samping mencegah kedutan dan garis-garis halus bagi membantu menyerlahkan keremajaan kulit anda.
Akar Polygonum Cuspidatum (Fallopia Japonica): Tumbuhan yang turut dikenali sebagai Knotweed Jepun ini mampu mempercepatkan pemulihan luka, meningkatkan kecerahan kulit, mengurangkan radang serta membantu merawat masalah jerawat.
Rosemary (Rosemarinus Officinalis): Bunga rosemary tinggi kandungan phytonutrien serta bersifat astringen dan antioksidan yang berkesan bagi memperbaiki tisu kulit, mengatasi masalah jerawat di samping melambatkan proses penuaan kulit.
Scutellaria Baicalensis: Bunga yang juga dipanggil Chinese Skullcap sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagi membantu mengatasi masalah kulit. Ia kaya dengan sumber flavonoid, wogonin dan baicalein yang tinggi kandungan antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit atau kanser kulit.
Kolagen:Gelatin atau kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.
Glutathione: Glutathione atau Gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, glycerin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
Corong Herba Res2
Kain Kapas: Kain kapas bukan sahaja selesa dan lembut untuk kulit, malah tidak mengakibatkan alahan pada kulit.
Lilin: Lilin terhasil daripada sumber semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ia mengandungi asid karboksilik terdiri daripada karbon bersama atom oksigen dan kumpulan hidroksil serta berperanan mencegah pembiakan bakteria dan kulat seterusnya membantu mengatasi masalah kulit.
Akar Resdung: Akar resdung digunakan secara tradisional untuk merawat masalah resdung dengan mengurangkan lendir yang terhasil oleh tubuh dan masalah kegatalan pada muka sekaligus memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
Kulit Kayu Manis:Herba yang sering menjadi bahan masakan ini bukan saja berkhasiat untuk kesihatan organ dalaman, malah berkesan untuk membantu mengecutkan jerawat selain berperanan melembutkan kulit.
Serai Wangi:Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyingkirkan toksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
Cara Penggunaan Herba Res2
Sabun Herba Res2
- Buihkan Sabun Herba Res2.
- Gosok perlahan-lahan dan ratakan pada wajah.
- Biarkan selama 1-2 minit dan bilas hingga bersih.
- Gunakan setiap pagi, tengahari dan malam.
Bedak Sejuk Berherba & Tanaka
- Cuci wajah dan keringkan.
- Sapukan Bedak Sejuk Berherba & Tanaka pada seluruh wajah.
- Gunakan setiap malam untuk hasil yang optima.
- Boleh digunakan sebagai masker.
- Goncang botol sebelum guna.
Corong Herba Res2
- Nyalakan api pada hujung corong yang besar dan tunggu sehingga asap keluar.
- Dekatkan corong yang berasap pada dahi, pipi, hidung, dagu dan telinga.
- Potong bara supaya tidak terjatuh pada muka.
- Gunakan 2 kali seminggu atau bila diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan