Toner Madu Propolis diformulasi daripada gabungan vitamin C bersama kolagen, propolis madu, Aloe Vera dan timun khusus untuk meningkatkan kecerahan dan keanjalann kulit di samping bertindak sebagai antipenuaan agar wajah anda kekal muda dan berseri.
Khasiat Toner Madu Propolis
- Mencerahkan kulit
- Memudarkan parut dan kesan jerawat
- Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
- Memelihara kelembapan kulit
- Menganjalkan dan menghaluskan kulit
- Mengecilkan liang pori
- Menyingkirkan bintik-bintik hitam di wajah
Kandungan Toner Madu Propolis
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.
Timun (Cucumis Sativus): Timun bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan, malah kaya dengan khasiat untuk memelihara kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan bagi mencegah radikal bebas seterusnya memelihara kulit daripada proses penuaan, di samping tinggi kandungan air yang berupaya menyingkir toksin dan memelihara kelembapan kulit. Timun turut berupaya menegangan kulit, mengecilkan liang pori, memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata dan berseri serta kaya dengan vitamin E dan potassium yang berupaya mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus serta sebarang cela yang mengganggu penampilan.
Saxifraga Sarmentosa (Strawberi Begonia): Ekstrak dari tumbuhan ini berupaya mengatasi masalah pigmentasi seterusnya membantu meningkatkan kecerahan kulit di samping memelihara kelembapan dan kehalusan kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.
Biji Anggur (Vitis Vinifera): Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.
Morus Bombycis: Morus Bombycis merupakan ekstrak yang terdapat di dalam buah mulberi dan sering digunakan di dalam produk kosmetik kerana ia mengandungi arbutin yang berupaya meningkatkan kecerahan dan keremajaan kulit. Morus Bombycis juga tinggi kandungan antioksidan yang mampu menyingkir toksin dan mencegah radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambat proses penuaan kulit.
Scutellaria Baicalensis: Bunga yang juga dipanggil Chinese Skullcap sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagi membantu mengatasi masalah kulit. Ia kaya dengan sumber flavonoid, wogonin dan baicalein yang tinggi kandungan antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit atau kanser kulit.
Propolis: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksida yang efektif selain flavonoid yang mampu mengurangkan rasa sakit pada kulit tubuh. Selain itu, Propolis amat berkesan merawat jangkitan pada kulit, menentang mikrobiotik dan bakteria, mengatasi luka, lebam dan radang kulit. Ramuan yang berkhasiat ini juga berfungsi dengan baik untuk merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang kulit.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.
Cara Penggunaan Toner Madu Propolis
- Cuci wajah sehingga bersih dan keringkan.
- Sapu dan ratakan pada seluruh wajah.
- Gunakan setiap pagi dan malam sebelum menggunakan krim siang dan malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan