Dnars Whitening Body Soap - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

11 Jun 2014

Dnars Whitening Body Soap

Dnars Whitening Body Soap diadun menggunakan 100% ramuan tradisional yang terbukti berkesan untuk menjadikan kulit anda tampil lebih cerah, halus dan berseri. Ia sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit yang kering, kusam dan berparut.

Kebaikan Dnars Whitening Body Soap

  • Mencerahkan kulit
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Menggebukan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Menghilangkan kesan parut pada tubuh
  • Merawat kulit yang bermasalah
  • Menyingkirkan kesan hitam pada bawah lengan, siku dan celah peha
  • Menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit yang bermasalah

Kandungan Dnars Whitening Body Soap

Susu Beras: Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.

Q10 White: Turut dikenali sebagai Coenzyme Q10 dan Ubiquinone, ramuan ini tinggi kandungan antioksidan yang bukan sahaja mampu mencegah kerosakan sel, malah bertindak sebagai agen anti-penuaan. Ia mampu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping berupaya melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari.

Cara Penggunaan Dnars Whitening Body Soap

  • Basahkan tubuh dan gosok Dnars Whitening Body Soap pada seluruh tubuh badan.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Boleh digunakan pada bila-bila masa terutamanya ketika mandi pada waktu pagi dan petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.