Coffee Arjuna Maxx keluaran D'Herbs yang menghimpunkan biji kopi Arabika bersama herba terpilih seperti Tongkat Ali, Ginseng dan Habbatussauda pasti memberikan keenakan yang menyegarkan di samping membantu menjana tahap kecergasan dan kesihatan dalaman lelaki sejati.
Kandungan: 10 sachet
Khasiat Coffee Arjuna Maxx
- Meningkatkan tahap kecergasan yang berpanjangan
- Menjana penghasilan hormon testosteron bagi kaum lelaki
- Merangsang keinginan dan tenaga seksual
- Mengatasi masalah ereksi dan ejakulasi pramatang
- Memelihara kesihatan dalaman kaum lelaki
- Memelihara kesihatan prostat
- Membantu mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah
- Mengatasi masalah kelesuan dan sengal-sengal badan
- Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
- Mengurangkan risiko serangan kanser
- Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit
Kandungan Coffee Arjuna Maxx
Catuaba: Pokok Catuaba yang berasal dari Brazil ini banyak digunakan bagi membantu mengatasi masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin. Ia mengandungi alkaloid, tannin, phytosterol dan flavonoid yang tinggi kandungan antioksidan serta berupaya mengurangkan risiko kanser prostat di samping membantu membesarkan saluran darah sekaligus membantu melancarkan peredaran darah bagi menggalakkan fungsi organ dalaman. Catuaba turut mampu meredakan tekanan, membasmi virus dan bakteria serta meningkatkan tahap libido atau keinginan seksual.
Guarana: Berasal dari Amazon di Brazil, Guarana kaya dengan kandungan kafein bagi membantu menyegarkan tubuh badan. Guarana mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat mineral dan vitamin B kompleks yang mampu memulihkan struktur sel dalam tubuh, memelihara kesihatan organ dalaman dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya melancarkan proses pencernaan, meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu mencegah penyakit serta meningkatkan sistem metabolisme seterusnya menjana pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Tribulus Terrestris: Herba ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam perubatan tradisional di China dan India untuk meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal.
Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya menjana penghasilan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi dan tenaga seksual kaum lelaki. Ia turut bertindak menggalakkan penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak di dalam tubuh, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
Habbatus Sauda: Di samping merawat masalah kesihatan serta menjana tenaga dan kecergasan tubuh, Habbatus Sauda turut berupaya meningkatkan tenaga seksual di samping membantu mengatasi masalah kesuburan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual di samping mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.
Saw Palmetto: Ekstrak tumbuhan yang bersifat antiseptik ini sebenarnya sarat dengan asid lemak dan phytosterol yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memelihara kesihatan jantung. Ia turut digunapakai sebagai penawar terhadap masalah dalam sistem pencernaan dan pembiakan kaum lelaki di samping membantu merawat pembesaran kelenjar prostat dan menggalakkan pertumbuhan otot.
Maca: Maca merupakan tumbuhan akar yang sering terdapat di pergunungan Andes di Peru. Di samping berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan fizikal, herba yang tinggi kandungan antioksidan ini juga mampu menguatkan tulang, meredakan tekanan serta menguatkan sistem imunisasi yang berfungsi menentang jangkitan penyakit. Di samping itu, maca turut berupaya menstabilkan kandungan hormon, menggalakkan kesuburan serta membantu mengatasi masalah ereksi di samping membantu meningkatkan keinginan dan fungsi seksual.
Cara Penggunaan Coffee Arjuna Maxx
1. Campurkan 1 sachet Coffee Arjuna Maxx ke dalam 100-150 ml air panas
2. Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
3. Boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan