Campuran minyak kelapa dara, minyak kayu putih dan halia yang menjadi rumusan asas Baby Herbal Cream Tropika ini dapat membantu mengatasi masalah perut kembung yang mengganggu keselesaan si manja anda.
Kebaikan Baby Herbal Cream Tropika
- Melegakan masalah perut kembung
- Menghangatkan tubuh bayi
- Melembap dan melembutkan kulit si manja anda
- Menghindari kesejukan, angin pasang dan sawan angin
- Menjadikan si manja anda lebih selesa dan gembira
Kandungan Baby Herbal Cream Tropika
Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, melindungi tubuh daripada radikal bebas, merawat sel kulit serta membasmi bakteria dan kuman. Minyak kelapa dara juga bertindak menghalus dan melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu yang akan merosakkan kulit.
Minyak Kayu Putih: Minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.
Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan proses pencernaan, memelihara sistem saraf di samping menyingkirkan toksin dari tubuh badan. Ia turut berupaya menghangatkan tubuh badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
Cara Penggunaan Baby Herbal Cream Tropika
- Sapukan Baby Herbal Cream Tropika pada bahagian yang diperlukan seperti perut, dada dan belakang badan.
- Boleh digunakan selepas mandi mahupun pada bila-bila masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan