Syampu Ikalurus V'Asia - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

28 Mei 2014

Syampu Ikalurus V'Asia

Syampu Ikaluruss dirumus khas daripada herba-herba yang berkhasiat dan berkualiti tinggi seperti ginseng, Ginkgo Biloba, bunga raya, Aloe Vera, dan Clary yang berkesan untuk meningkatkan kesihatan, kesuburan, kecantikan dan kekuatan rambut anda. 

Kombinasi herba-herba yang terkandung di dalam Ikalurus ini membantu anda mengatasi masalah kelemumur selain rambut gugur, bercabang dan kering. Ikalurus sesuai untuk digunakan lelaki dan wanita pada semua jenis rambut sama ada kering, normal mahupun berminyak.

Khasiat Syampu Ikalurus

  • Menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar
  • Menguatkan rambut
  • Melebatkan rambut
  • Menghalus dan melembutkan lagi rambut
  • Membekalkan nutrisi, kolagen, vitamin dan protein yang mencukupi kepada rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Membantu mengatasi masalah rambut gugur dan bercabang
  • Mengatasi kegatalan pada kulit kepala
  • Membantu membasmi kelemumur

Kandungan Syampu Ikalurus

Minyak Zaitun (Olea Europaea): Selain membantu mencantikkan kulit, ekstrak zaitun juga berupaya membantu mengatasi masalah kelemumur, rambut gugur, uban dan melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak. Selain itu juga, ia juga membantu mengurangkan rambut gugur, membekalkan nutrisi kepada kulit kepala di samping meningkatkan pertumbuhan rambut.

Akar Ginseng: Herba yang sering ditemui di kawasan sejuk di Amerika Utara dan Asia Timur ini berperananan menggalakkan pertumbuhan rambut dan sel-sel kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengukuhkan rambut. Ginseng juga membantu mengatasi masalah kelemumur dan rambut beruban di samping melancarkan peredaran darah di bahagian kulit.

Daun Ginkgo Biloba: Turut dikenali sebagai pokok Maidenhair, Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini diiktiraf oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang tinggi. Ia telah digunakan selama 5 abad di China untuk menggalakkan peredaran darah di bahagian kulit kepala sekaligus membekalkan oksigen dan nutrien kepada folikel yang membantu melebat, mengukuh dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia merangsang penghasilan kolagen dalam tisu kulit membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik dan mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang masih baru, di samping meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan, mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.

Salvia Sclarea (Clary): Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini sering terdapat bahagian utara Mediterranean, Afrika Utara dan Asia Tengah serta hanya tumbuh dua tahun sekali. Salvia Sclarea membantu menyeimbangkan hormon estrogen selain mencegah penebalan tisu membran di sekitar folikel rambut sekaligus mencegah keguguran rambut. Herba ini juga turut membantu mengatasi masalah kelemumur.

Bunga Raya (Hibiscus Abelmoschus): Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Rambut akan sentiasa lembut dan akar rambut semakin kuat. Dapat mengelakkan keguguran dan kebotakkan rambut.

Cara Penggunaan Syampu Ikalurus

  1. Basahkan rambut
  2. Tuangkan Ikalurus ke tapak tangan dengan kuantiti yang mencukupi untuk rambut anda
  3. Sapu pada rambut dan urut selama 1 hingga 2 minit
  4. Bilas dengan bersih
  5. Gunakan bersama Tonik Suburambut untuk kesan yang optima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.