Perla Juice - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

28 Mei 2014

Perla Juice

Perla Juice merupakan persediaan herba yang menggabungkan kebaikan dari sumber Pueraria Mirifica, Kacip Fatimah, Habbatussauda dan Mas Cotek bagi membantu memelihara kesihatan tubuh badan wanita secara menyeluruh. Sesuai untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin.

KANDUNGAN: 250ML

Khasiat Perla Juice

  • Membantu meningkatkan kecerahan dan kelembapan kulit
  • Menyerlahkan keanggunanan dan keremajaan kulit
  • Menghapuskan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita
  • Merapat dan menegangkan otot faraj
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit terutamanya pada bahagian payudara
  • Mengurangkan risiko serangan kanser rahim
  • Merawat masalah keputihan
  • Membantu menyegarkan tubuh badan
  • Sesuai untuk rawatan selepas bersalin

Kandungan Perla Juice

Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi sistem saraf serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

Ubi Bidadari (Pueraria Mirifica): Pueraria Mirifica berupaya menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain berupaya mengatasi masalah kulit seperti tompok-tompok penuaan, kulit kering dan berjerawat, herba ini turut membantu melangsingkan tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta mengatasi masalah keputihan.

Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyahtoksin, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Delima: Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyahtoksin seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit dan serangan kanser kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus. Di samping itu, buah delima juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.

Mas Cotek: Mas Cotek sering digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu untuk membantu mengatasi masalah sakit puan, mengecutkan rahim serta mengukuh dan mengembalikan rahim pada kedudukan asalhnya. Ia turut berupaya merapatkan pintu rahim, meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri, di samping menyahtoksin, melancarkan tekanan darah, memelihara sistem saraf dan mengekalkan kehalusan kulit di sekitar faraj.

Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin.

Kulit Manggis: Ia mempunyai pelbagai khasiat dan berkesan untuk mengawal tahap gula dalam darah, meningkatkan tahap stamina, mengawal tahap kolestrol, mengatasi masalah kuit yang bersisik, berkudis dan kegatalan, serta melambatkan proses penuaan. Kaya dengan Vitamin C, kulit manggis berupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh terhadap penyakit. Ia juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan melegakan sakit perut.

Stevia: Stevia adalah pemanis semulajadi yang bebas daripada kalori dan karbohidrat, serta berperanan menstabilkan tekanan darah, mengawal kandungan gula dalam darah. Ia juga bertindak membanteras bakteria dan membantu dalam pembentukan kalsium untuk tulang.

Habbatussauda: Habbatussauda terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, meningkatkan daya ketahanan tubuh serta meningkatkan tahap stamina. Herba yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya mengurangkan tahap gula dalam darah, meningkatkan metabolisme dan mengekang selera makan seterusnya membantu melangsingkan tubuh dan mengurangkan berat badan.

Fenugrik: Herba yang kaya dengan phytoestrogen ini sering digunakan secara tradisional bagi meningkatkan penghasilan hormon estrogen di dalam tubuh wanita di samping membantu perkembangan kelenjar susu badan, mengurangkan tahap kolestrol dan mengawal tahap gula dalam darah.

Cara Penggunaan Perla Juice

  1. Ambil 15 ml menggunakan cawan yang disediakan
  2. Ambil setiap pagi dan petang
  3. Simpan di tempat yang dingin dan kering

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.