Minuman Kesihatan Ubat Periuk mengandungi herba-herba tradisional seperti daun inai, senduduk, tongkat ali putih, hempedu bumi yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk melancarkan peredaran darah, meningkatkan tahap tenaga, membantu mengurangkan masalah kemurungan dan keputihan setelah bersalin.
Khasiat Minuman Kesihatan Ubat Periuk
- Melancarkan peredaran darah
- Menghilangkan bisa-bisa di dalam badan
- Membantu mengurangkan masalah meroyan atau kemurungan
- Menyeimbangkan paras gula di dalam darah
- Meningkatkan tenaga dalaman
- Melancarkan kembali kitaran haid
- Memastikan keanjalan kulit selepas bersalin
- Mencegah buasir
- Mengatasi masalah keputihan
- Menyerikan kulit wajah
Kandungan Minuman Kesihatan Ubat Periuk
Tongkat Ali Putih: Herba yang bersifat antioksida ini membantu meningkatkan meningkatkan tahap tenaga dan stamina dan melancarkan peredaran darah di samping berperanan membakar lemak dan mencegah penuaan.
Daun Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman. Selain itu juga, senduduk berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita selepas bersalin. Ia juga bertindak merawat keputihan dan buasir di samping membuang angin dalam badan.
Daun Inai: Selain bertindak sebagai bahan pewarna untuk rambut dan jari, inai juga berperanan penting untuk kesihatan manusia. Daun inai mampu menyembuhkan luka dan kudis, mengatasi penyakit kulit serta menggalakkan pertumbuhan rambut. Herba yang bersifat astringen ini berupaya mengawal pendarahan atau haid yang berlebihan dan merawat keputihan.
Hempedu Bumi (Folium Androgaphis Paniculata): Daun pokok Hempedu Bumi atau turut dipanggil pokok Akar Cerita ini bersifat antibakteria dan antivirus dan sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi selain merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti pencernaan yang tidak lawas, demam, kahak, kencing manis, radang dan luka pada kulit.
Cara Penggunaan Minuman Kesihatan Ubat Periuk
- Ambil 1 sudu teh Minuman Kesihatan Ubat Periuk sebelum sarapan dan makan malam
- Sebaiknya mulakan Bismillah, selawat sebanyak 3 kali, surah Al-Fatihah, bacaan 'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah' dan berdoa di dalam hati sebelum menggunakan minuman ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan