Ephyra Premium Collagen - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

20 Mei 2014

Ephyra Premium Collagen

Ephyra merupakan minuman tambahan yang sarat dengan khasiat dari sumber kolagen marin yang berupaya meningkatkan kandungan kolagen dalam tubuh badan sekaligus membantu melambatkan proses penuaan.

Hasil kombinasi kolagen marin bersama ramuan semulajadi yang bermutu tinggi seperti beri Acai, gam Akasia, Marigold, ceri Acerola, dan tomato bukan sahaja berupaya menyerlahkan keanggunan dan keremajaan kulit, malah turut membantu membekalkan tenaga dan meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Ephyra sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kandungan: 30 sachet

Khasiat Ephyra

  • Menyerlahkan kejelitaan wajah
  • Meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit
  • Membantu memulihkan kulit yang bermasalah
  • Membantu menentang penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Membantu melancarkan sistem pencernaan
  • Mengurangkan tahap kolestrol
  • Membantu membekalkan tenaga
  • Meningkatkan metabolisme
  • Memelihara sistem kardiovaskular
  • Menjadikan rambut yang lebih sihat, lembut dan bersinar

Kandungan Ephyra

Kolagen Marin: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan hidupan lain seperti ikan dan mamalia serta kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Kolagen berupaya mengekalkan dan meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit. Selain itu, kolagen juga berperanan membakar lemak, memelihara sel-sel tubuh dan meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Acai: Beri Acai merupakan tumbuhan yang sering terdapat di hutan hujan Amazon dan mengandungi pelbagai khasiat untuk memelihara kesihatan. Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel. Selain itu, Acai turut berfungsi membekalkan tenaga kepada tubuh badan selain berupaya menyahtoksin, memperbaiki tona kulit agar ia lebih sekata, dan melancarkan lagi peredaran darah seterusnya menggalakkan fungsi organ dalaman.

Gam Akasia (Gam Arab): Gam Akasia atau Manna kaya dengan serat dan membantu mengurangkan kolestrol, selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan meningkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik. Di samping itu, ia turut berupaya mengatasi masalah kulit yang tidak anjal dan membantu memulihkan cirit-birit dan perut kembung. 

Tomato: Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan khasiatnya untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Tomato terbukti dapat mengecilkan pori-pori, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang boleh merosakkan kulit.

L-Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, bahan ini turut berupaya menyahtoksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang penuaan dan kerosakan sel.

Astaxanthin: Astaxanthin yang merupakan pigmen organik ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan selain membantu menentang penuaan dan merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu.

Ceri Acerola: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang penuaan dan kerosakan sel.

Cara Penggunaan Ephyra

  1. Bancuh 1 paket Ephyra bersama 180 ml air suam sebelum sarapan atau sebelum tidur
  2. Kacau hingga larut dan minum
  3. Untuk kesan yang efektif, ambil 2 paket sehari; sebelum sarapan dan sebelum tidur
  4. Boleh dibancuh bersama air sejuk, susu atau jus
  5. Elakkan daripada menggunakan air panas
  6. Bagi ibu hamil, dapatkan nasihat doctor sebelum mengambil Ephyra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.