Aura White Stemcell - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

18 Mei 2014

Aura White Stemcell

Aura White Stemcell diformulasikan dengan teknologi sel stem yang diekstrak dari 15 jenis buah-buahan bersama manfaat dari sumber kolagen, mutiara, minyak kelapa dara dan tomato untuk membantu menyerlahkan seri wajah, mengatasi masalah kulit di samping meningkatkan tahap kesihatan dengan menyeluruh.

Aura White Stemcell sesuai untuk dijadikan makanan tambahan yang sarat dengan khasiat bagi lelaki dan wanita.

Khasiat Aura White Stemcell

  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Menentang penuaan
  • Meningkatkan system imunisasi
  • Mengatasi masalah jerawat, selulit, rekahan pada kulit dan pigmentasi
  • Melembapkan bibir yang kering dan mengelupas
  • Menyahtoksin
  • Menguatkan tulang dan otot
  • Membekal tenaga dan stamina
  • Meningkatkan pengeluaran susu ibu
  • Mengatasi penyakit sendi

Kandungan Aura White Stemcell

L-Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, kulit bersisik (psoriasis), kulit kering (neurodermatitis), dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan turut terkandung dalam hidupan lain seperti ikan dan mamalia. Ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Ia berupaya melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, kolagen juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan.

Sel Stem Maquiberry: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan di samping membantu mencegah pengoksidaan kolestrol dalam darah, sekaligus memelihara kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberry juga bertindak sebagai antiradang selain menggalakkan fungsi organ dalaman.

Sel Stem Raspberry: Sebatian Phytonutrients yang terkandung di dalam raspberry membantu meningkatkan metabolisme dalam sel lemak tubuh. Tumbuhan ini juga merupakan agen antioksida yang membantu meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran oleh bahan kimi yang berbahaya dalam tubuh.

Sel Stem Epal: Sel stem yang terhasil daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.

Sel Stem Manggis: Buah manggis merupakan tumbuhan yang bukan sahaja enak dimakan, malah mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan. Ia bersifat antioksidan dan mampu membantu menurunkan risiko serangan kanser dan jantung, di samping mengurangkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan. Buah manggis juga memelihara saluran pernafasan dan pencernaan selain mengatasi sakit buah pinggang.

Sel Stem Kiwi: Kiwi kaya dengan kandungan Vitamin C, magnesium, flavonoid dan karotenoid yang berfungsi sebagai agen antioksida dan membantu memelihara kesihatan kulit dan organ dalaman serta mengurangkan tahap kolestrol dan risiko penyakit jantung. Ia juga mempunyai kandungan serat yang tinggi yang berperanan melancarkan sistem penghadaman dan menggalakkan rasa kenyang.

Sel Stem Strawberi: Strawberi yang kaya dengan khasiat Vitamin C ini berupaya memperlahankan penuaan kulit di samping meningkatkan peningkatan metabolisme sekaligus membantu pembakaran lemak. Sel stem dari sumber buah ini juga sarat dengan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman, selain magnesium dan potassium yang mampu mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, serta memelihara kesihatan jantung.

Sel Stem Resveratrol: Sel stem dari sebatian ini bertindak sebagai agen antioksidan, antikulat, antiradang dan antibakteria, selain menggalakkan proses anti-penuaan serta mencegah sel kanser daripada terus merebak.

Sel Stem Betik: Betik kaya dengan kandungan potassium yang mampu mengawal tekanan darah dan menggalakkan fungsi jantung, selain karbohidrat membekalkan tenaga di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah. Buah ini juga mengandungi khasiat vitamin C, kalsium, karotin, dan air yang berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit, meneutralkan racun dalam tubuh badan, melambatkan proses penuaan, mengatasi masalah kulit seperti jerawat, mengukuhkan tulang, menggalakkan fungsi organ dalaman tubuh dan membantu meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan tenaga mental.

Sel Stem Delima: Sel stem dari buah delima mengandungi kalium yang berperanan memelihara kesihatan jantung, serta dan zat tanin yang berfungsi melancarkan sistem pencernaan, membasmi bakteria, dan turut berfungsi sebagai agen anti-oksida dan antidotum yang merawat keracunan.

Sel Stem Buah Naga: Buah naga sering tumbuh di Asia, Amerika Tengah dan Selatan. Ia kaya dengan serat yang mampu mengawal kadar kolestrol dan gula dalam darah, selain Vitamin C yang berperanan meneutralkan radikal bebas dalam tubuh badan dan meningkatkan kesihatan kulit. Selain itu, buah naga turut mengandungi khasiat photyalbumin yang bersifat antioksidan dan berupaya menentang serangan kanser.

Sel Stem Oren: Oren bukan sahaja enak untuk dimakan, tetapi kaya dengan khasiat untuk memelihara kesihatan tubuh badan. Oren yang kaya dengan serat, vitamin C dan A, kalsium serta potassium ini dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengurangkan kadar kolestrol, menggalakkan fungsi jantung, memelihara deria penglihatan, menstabilkan tekanan darah, menyihatkan kulit serta mengatasi masalah osteoporosis.

Sel Stem Blueberry: Bersifat antoksidan, blueberry amat berkhasiat untuk kesihatan tubuh. Stem sel dari buah ini membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, menurunkan risiko penyakit jantung, mengurangkan gula dalam darah, serta memelihara saluran pencernaan daripada jangkitan. Blueberry juga kaya dengan polyphenol yang berupaya membakar lemak dalam tubuh terutamanya di bahagian perut selain kandungan serat yang mampu mengurangkan selulit. Selain itu juga, ia membantu merangsang keupayaan mental, menajamkan deria penglihatan dan memperbaiki struktur kulit.

Sel Stem Roselle: Stem sel dari sumber Roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, di samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem penghadaman di samping meningkatkan keanjalan kulit. Di samping itu, Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D ini juga berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah, melancarkan sistem pencernaan, melambatkan penuaan kulit serta meningkatkan keupayaan mental.

Sel Stem Markisa: Stem sel dari Markisa atau buah susu kaya dengan vitamin C, pro-vitamin A dan riboflavin yang bertindak memelihara kulit daripada sinaran ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang membantu meneutralkan kesan radikal bebas akibat pencemaran bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan. Selain berperanan menyah toksin dan mengatasi masalah insomnia, buah markisa juga mampu membantu membasmi sel kanser dengan bantuan kandungan phytochemical. Kandungan fosforus yang tinggi pula membantu mengukuhkan tulang dan gigi dengan bantuan kalsium, menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga. Manakala potassium yang turut terkandung di dalam buah markisa pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.

Mutiara: Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.

Co-Enzyme Q10: Turut dikenali sebagai ubiquinone, ia merupakan sebatian yang hampir serupa dengan vitamin dan terkandung dalam tubuh manusia dan juga boleh dihasilkan dalam makmal. Coenzyme Q10 berfungsi sebagai antioksida yang berperanan mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya. Selain itu, ia juga berupaya menukar makanan kepada tenaga dalam badan.

Astaxanthin: Astraxanthin merupakan pigmen organik ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan selain membantu merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu dan turut bertindak sebagai bahan pewarna yang selamat untuk digunakan.

Pitera: Zat semulajadi ini mengandungi pelbagai khasiat yang ternyata efektif untuk menghalus dan menyihatkan kulit. Ia mampu menstabilkan kelembapan kulit, menyeimbangkan pH kulit, mengatasi kulit berminyak, menjadikan tona kulit sekata selain menyerikan lagi kulit wajah anda.

Tomato: Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan lagi kulit. Ia terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit daripada sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.

Turnip (Lobak Putih): Sayuran ini mengandungi karbohidrat, tenaga, vitamin, mineral, kalori, protein, lemak , kalsium, fosforus, serat, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin. Lobak putih berupaya mengatasi masalah penghadaman, menghaluskan kulit selain bertindak sebagai anti-oksida dan anti-bakteria.

Biji Anggur: Biji anggur mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah. Selain itu, minyak biji anggur juga berfungsi untuk melembapkan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit dari sinaran ultraungu yang boleh merosakkan kulit.

Cara Penggunaan Aura White Stemcell

  1. Bancuh 2 sudu Aura White Stemcell bersama 120 ml air sejuk
  2. Kacau hingga larut atau goncang dengan shaker
  3. Ambil 2 kali sehari: sebelum sarapan dan sebelum tidur
  4. Amalkan meminum air kosong untuk kesan yang ketara
  5. Untuk kesan yang optima, ambil ketika perut kosong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.