Slymdiet Cocoa Collagen V'Asia bertindak sebagai pengganti makanan yang kaya dengan pelbagai jenis khasiat dari sumber semulajadi seperti serat oat, kolagen, beras perang dan kacang soya. Di samping menggalakkan rasa kenyang, ia juga berkesan untuk meningkatkan tahap metabolisme tubuh seterusnya membantu anda memiliki berat badan yang diimpikan.
Kandungan: 10 sachet
Khasiat Slymdiet Cocoa Collagen V'Asia
- Membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal
- Membantu anda memiliki bentuk tubuh yang ramping
- Meningkatkan tahap metabolisme
- Menggalakkan pembakaran lemak
- Membantu mengawal selera makan
- Menggalakkan rasa kenyang
- Melancarkan proses penghadaman
- Mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah
- Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan keremajaan kulit
- Membantu mencegah proses penuaan
- Memelihara kesihatan jantung serta organ dalaman
- Membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan
Kandungan Slymdiet Cocoa Collagen V'Asia
Malt: Malt merupakan bijiran yang telah dikeringkan serta tinggi kandungan asid amino, vitamin B-kompleks, serta mineral seperti zink, kalsium, magnesium dan fosforus yang mampu membekalkan tenaga jasmani, menggalakkan penghasilan protein dalam tubuh badan, meningkatkan kadar metabolisme seterusnya membantu anda mengawal berat badan.
Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, Vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel, memelihara kesihatan kulit, rambut, tulang, gigi dan penglihatan di samping membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Beras Perang: Beras perang mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada beras biasa. Ia tinggi kandungan antioksidan serta kaya dengan sumber serat, protein, thiamin, kalsium, selenium, magnesium dan potassium yang membantu mengurangkan risiko kanser, memelihara sistem saraf, menstabilkan tahap kolestrol dan kadar gula dalam darah di samping melancarkan proses penghadaman sekaligus membantu mengawal berat badan.
Psyllium: Herba ini tinggi kandungan serat yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung, serta membantu menstabilkan kadar kolestrol dan mengatasi masalah penghadaman. Psyllium juga mampu mengurangkan rasa lapar serta meningkatkan tahap metabolisme yang kemudiannya membantu mengawal dan mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Serat Oat: Oat yang kaya dengan kandungan serat ini terkenal dengan khasiatnya untuk memelihara kesihatan jantung serta mengawal paras kolestrol di samping turut berkesan untuk tujuan penurunan berat badan di mana oat membantu mengawal selera makan dan menggalakkan rasa kenyang. Oat juga tinggi kandungan mangan dan fosforus yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu meningkatkan penyerapan vitamin ke dalam tubuh badan.
Kacang Soya: Soya mengandungi phytoestrogen dan phytoantioksidan yang berupaya mencegah penuaan kulit serta melindungi saluran darah dan dinding sel tubuh daripada kolestrol dan serangan radikal bebas. Ia juga tinggi kandungan protein, serat, vitamin B-kompleks serta Omega 3 dan 6 yang mampu menggalakkan fungsi organ, membekalkan tenaga di samping membantu mengurangkan berat badan berlebihan.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Cara Penggunaan Slymdiet Cocoa Collagen V'Asia
- Campurkan 1 sachet Slymdiet Cocoa Collagen ke dalam separuh cawan air suam dan tambahkan dengan air kosong.
- Kacau hingga larut dan minum dengan segera.
- Amalkan setiap kali sebelum sarapan ataupun boleh dijadikan sebagai pengganti hidangan makanan.
- Simpan di tempat yang dingin dan kering.
Salam.saya nk tahu produk ni ada berapa sachet?
BalasPadamshafi: ada 10 sachet..
Salam nak tanys kalau ibu yg menyusukan ank boleh x minum?
BalasPadamtakboleh
BalasPadam