Sabun Madu Propolis - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

01 Julai 2013

Sabun Madu Propolis

Sabun Madu Propolis dihasilkan daripada gabungan madu, propolis, glutathione dan kolagen serta diperkaya dengan vitamin yang berupaya membersihkan kulit di samping membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, dan kulit kering secara semulajadi. Ia sesuai digunakan pada wajah dan tubuh.

Khasiat Sabun Madu Propolis

  • Menyingkir cela dan kotoran pada wajah
  • Memelihara keremajaan kulit
  • Melembut dan menghaluskan kulit
  • Mengurangkan kesan parut, kedutan dan garis-garis halus
  • Mengawal minyak pada kulit
  • Mengatasi masalah jerawat
  • Membasmi kuman dan bakteria yang merosakkan sel kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka
  • Sesuai untuk digunakan pada wajah dan tubuh

Kandungan Sabun Madu Propolis

Debunga (Pollen): Debunga merupakan butiran yang mengandungi benih tumbuhan atau bunga  yang kaya dengan vitamin A, B kompleks, C, D dan E. Ia membantu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit di samping mencegah dan mengatasi tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus serta merawat masalah bintik-bintik hitam pada kulit.

Propolis: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksida yang efektif selain flavonoid yang mampu mengurangkan rasa sakit pada kulit tubuh. Selain itu, Propolis amat berkesan merawat jangkitan pada kulit, menentang mikrobiotik dan bakteria, mengatasi luka, lebam dan radang kulit. Ramuan yang berkhasiat ini juga berfungsi dengan baik untuk merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang kulit.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga berfungsi memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.

Pongamia Pinnata (Millettia Pinnata): Ekstrak dari buah pohon Pongamia ini tinggi kandungan triglyceride yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit serta membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kegatalan.

T-Tree (Melaleuca Alternfolia): Ekstrak dari pokok tea tree atau gelam wangi kaya dengan zat terpenoid serta bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman, membantu memulihkan luka, mengatasi kesan alahan pada kulit di samping berupaya memperbaiki struktur kulit, mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, radang dan kegatalan serta menyejukkan dan mendinginkan kulit.

Cinnamomum Cassia: Ekstrak dari pokok ini mempunyai sifat antiseptik dan antikulat yang berupaya membasmi mikroorganisme seperti kuman dan bakteria yang boleh merosakkan kulit, di samping membantu mengatasi masalah kulit yang dihadapi.

Glutathione: Glutathione atau Gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, glycerin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.

Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun ternyata mempunyai khasiat yang pelbagai bagi kulit, rambut serta kesihatan dalaman. Ia tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit.

Rumput Jarum Emas (Mollugo Cerviana): Ekstrak dari pokok ini mempunyai sifat antikulat yang berupaya membasmi mikroorganisme seperti kuman dan bakteria yang boleh merosakkan kulit, di samping membantu mengatasi masalah kulit yang dihadapi.

Cara Penggunaan Sabun Madu Propolis

  1. Buihkan Sabun Madu Propolis.
  2. Sapu dan urut perlahan-lahan pada wajah dan muka selama 1-2 minit.
  3. Bilas sehingga bersih.
  4. Gunakan 2-3 kali sehari untuk kesan yang terbaik.

3 ulasan:

  1. bolehkah sabun ini di gunakan pada badan?

    shafi: boleh juga utk kulit badan..

    BalasPadam
  2. kulit sensitf boleh guna ke??

    shafi: maaf saya tak berapa pasti..rasanya boleh..

    BalasPadam
  3. Hi i live in canada i will like to buy your soap sabun-madu propolis.

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.