Pewarna Rambut Super Lebat D'Herbs diperkaya dengan herba semulajadi yang kaya dengan vitamin dan protein bagi menyuburkan dan memelihara kehalusan dan kelembapan rambut anda. Ia tidak mengeringkan dan menjadikan rambut anda lebih hitam dan perang secara semulajadi.
Set Pewarna Rambut Super Lebat terdapat dalam dua pilihan warna iaitu:
- Hitam Bersinar
- Perang Bersinar
Kandungan:
- Sikat
- Pewarna Rambut Super Lebat 1
- Pewarna Rambut Super Lebat 2
- Sarung Tangan
- Pelindung Bahu, Telinga
- Pelindung Rambut
Khasiat Pewarna Rambut Super Lebat D’Herbs
- Menambah warna hitam atau perang pada rambut anda
- Menyuburkan rambut
- Mengukuhkan rambut dari akarnya
- Membantu mengatasi masalah kelemumur
- Melembap dan melembutkan rambut
- Warna tahan lebih lama pada rambut
Kandungan Pewarna Rambut Super Lebat D'Herbs
Rosemary: Rosemary merupakan sejenis pokok renek malar hijau dan berasal dari Mediterranean dan Asia. Ia berupaya mencegah dari keguguran rambut dan menambah pigmen atau warna pada rambut yang beruban. Di samping itu, Rosemary yang berupaya menyingkirkan toksin yang boleh merosakkan sel tubuh ini turut mampu menggalakkan pertumbuhan rambut agar ia lebih panjang dan kukuh, serta menjana peredaran darah di bahagian kulit kepala sekaligus meningkatkan penyerapan di bahagian tersebut untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut.
Chamomile: Bunga Chamomile bukan sahaja mampu memelihara kesihatan tubuh dan kecantikan kulit, malah berupaya menyinarkan rambut anda di samping membantu memelihara kulit kepala serta mengatasi dan mencegah masalah kelemumur.
Bunga Raya (Hibiscus): Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Di samping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan rambut dan keutuhan akarnya, di samping berupaya mencegah daripada keguguran rambut.
Inai (Henna): Selain berperananan membantu mengatasi masalah keguguran rambut, daun inai mengandungi glukosid dan asid henotanik yang bertindak sebagai bahan pewarna dan bergabung dengan kolagen yang terkandung di dalam rambut untuk menukar warna rambut.
Cara Penggunaan Pewarna Rambut Super Lebat D'Herbs
- Guna pelindung tangan, bahu dan telinga sebelum memulakan proses mewarnakan rambut.
- Campurkan Pewarna Rambut Super Lebat 1 dan Pewarna Rambut Super Lebat 3 ke dalam sebuah bekas kecil bergantung kepada kepanjangan rambut.
- Kacau hingga sebati.
- Sapukan bancuhan tersebut ke seluruh rambut. Elakkan daripada terkena kulit kepala.
- Sarungkan pelindung rambut pada kepala dan biarkan selama 30 hingga 45 minit.
- Bilas rambut sehingga bersih.
- Lebihan bancuhan pewarna rambut tadi tidak boleh digunakan semula.
- Jauhkan produk ini daripada kanak-kanak.
hai,
BalasPadamsaya hendak bertanya.
berapa ml atau gram dalam pack ini?
thanks