Sabun Panas Herba V’Asia - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

18 Disember 2012

Sabun Panas Herba V’Asia

Sabun Panas Herba V'Asia dirumus daripada adunan herba terpilih seperti halia, capsicum, serai wangi, limau nipis, kayu manis serta kolagen. Ia bukan sahaja mampu memelihara kehalusan kulit, malah bertindak memberikan kesan hangat bagi menggalakkan pembakaran lemak seterusnya membantu mengembalikan bentuk tubuh yang lebih ramping dan menawan.

Kebaikan Sabun Panas Herba V'Asia

  • Membersihkan kesan kotoran dan sel kulit mati pada tubuh
  • Mengurangkan kesan selulit
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Menyingkirkan toksin
  • Menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu melangsingkan tubuh badan
  • Mengatasi masalah perut buncit
  • Melegakan perut kembung serta angin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyegarkan tubuh badan yang letih dan lesu
  • Bertindak sebagai antiseptik yang amat sesuai untuk masalah kulit seperti ruam, kegatalan dan eczema

Kandungan Sabun Panas Herba V'Asia

Capsicum: Capsicum atau cili bulat berasal dari kawasan tropika di Amerika dan hadir dengan warna merah, kuning dan hijau. Capsicum kaya dengan vitamin C dan beta-carotene yang bersifat antioksidan dan mampu membasmi racun dalam badan sekaligus berupaya menentang serangan penyakit. Ia turut berupaya menentang serangan kanser di samping membantu membuang angin dalam badan, meredakan kekejangan otot, penyakit dan migrain.

Serai Wangi: Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan. Ia turut berkesan untuk menyingkirkan bakteria yang menyebabkan masalah kulit di samping memelihara kelembapan dan kehalusan kulit anda.

Halia (Zingiber Officinale): Halia yang bersifat antiradang ini berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, membantu membuang angin dalam badan serta meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak dan kalori bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Limau Nipis (Citrus Aurantifolia): Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit. Di samping itu, ia turut mampu menggalakkan pembakaran lemak bagi mengurangkan berat badan berlebihan.

Pegaga (Centella Asiatica): Pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang bukan sahaja mampu memelihara kecantikan kulit, malah berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ.

Kayu Manis (Cinnamomum Cassia): Di samping berupaya menyegarkan lagi tubuh badan, kayu manis turut berkesan untuk memelihara kehalusan kulit, mengatasi masalah jerawat, meredakan ketegangan otot serta membantu mencegah jangkitan kuman dan bakteria.

Cara Penggunaan Sabun Panas Herba V'Asia

  1. Buihkan Sabun Panas Herba dan urutkan secara putaran pada bahagian yang dikehendaki terutamanya pada selulit.
  2. Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.
  3. Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk mendapat hasil yang optima.

1 ulasan:

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.