Losyen Panas Asli V'Asia - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

18 Disember 2012

Losyen Panas Asli V'Asia

Losyen Panas Asli V'Asia merupakan losyen herba berkolagen yang dirumus khusus untuk tujuan urutan serbaguna, pelangsingan dan aromaterapi buat seisi keluarga termasuk ibu selepas bersalin. Ia diadun menggunakan gamat, Aloe Vera, halia dan serai yang dapat membantu mengatasi masalah sendi dan angin dalam badan, menggalakkan pembakaran lemak dan menyegarkan lagi tubuh badan anda.

Kandungan: 100 ml

Kebaikan Losyen Panas Asli V'Asia

  • Mengurangkan masalah radang, penyakit sendi dan ketegangan otot
  • Mengurangkan kesan selulit
  • Mengekalkan kehalusan kulit
  • Menyingkirkan toksin
  • Menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu melangsingkan tubuh badan
  • Mengatasi masalah perut buncit
  • Melegakan perut kembung serta angin dalam badan
  • Meredakan masalah senggugut serta kitaran haid yang tidak stabil bagi kaum wanita
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyegarkan tubuh badan yang letih dan lesu
  • Membantu melancarkan proses penghadaman
  • Bertindak sebagai antiseptik yang amat sesuai untuk masalah kulit seperti ruam, kegatalan dan eczema
  • Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga terutamanya bagi ibu selepas bersalin
  • Untuk kegunaan luaran sahaja

Kandungan Losyen Panas Asli V'Asia

Menthol: Sebatian organik yang sering dihasilkan dari pudina dan kayu putih ini sering berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit, selain melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah radang, melegakan perut kembung, sakit kepala dan masalah pernafasan.

Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.

Cinnamomum Cassia: Sering digelar cinnamon Cina, herba ini merupakan antara herba yang sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagimerawat masalah kulit, membuang angin dalam badan, merangsang sistem saraf dan meredakan kekejangan otot.

Limau Nipis (Citrus Aurantifolia): Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan, mengurangkan minyak pada wajah, menghilangkan jerawat dan bintik hitam serta mengecilkan pori-pori, selain bertindak menghalus dan mencerahkan lagi kulit anda.

Gamat (Stichopus Horrens): Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel.  Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu memelihara meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka, meningkatkan tahap metabolisme tubuh serta menggalakkan pembakaran lemak. Omega-3 yang turut terkandung di dalam gamat pula berfungsi mengurangkan masalah radang.

Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.

Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan proses pencernaan, memelihara sistem saraf di samping mengatasi masalah bau badan. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Serai (Cymbopogon Schoenanthus): Serai bukan sahaja antara bahan masakan yang sering digunakan di Malaysia, malah mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat sakit kepala, otot dan sendi di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan menyingkirkan toksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Selain menggalakkan fungsi sistem saraf, menyihatkan kulit, serai juga mengandungi sebatian Citral yang membantu mematikan sel kanser dalam tubuh badan.

Pegaga (Centella Asiatica): Pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang bukan sahaja mampu memelihara kecantikan kulit, malah berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Di samping itu, pegaga turut mampu mengatasi keletihan, mengurangkan kesan selulit serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan.

Cara Penggunaan Losyen Panas Asli V'Asia

  1. Sapu pada bahagian yang bermasalah seperti perut, pinggang mahupun lengan.
  2. Urut secara perlahan-lahan.
  3. Boleh digunakan sekerap mungkin.
  4. Elakkan dari kawasan mata dan bahagian sulit.
  5. Tidak sesuai untuk kegunaan bayi,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.