3Ple Miracle Diet - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

18 Disember 2012

3Ple Miracle Diet

3Ple Miracle Diet dihasilkan daripada gabungan strawberi, kolagen, asam jawa dan delima bersama ramuan semulajadi lain yang terbukti mampu membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal di samping membentuk tubuh yang lebih ramping dan langsing secara sihat.

KANDUNGAN: 7SACHETS X 15GM

Khasiat 3Ple Miracle Diet

  • Mengawal selera makan
  • Menyingkirkan toksin
  • Menggalakkan pembakaran lemak
  • Membantu mengawal dan mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Membantu meramping dan melangsingkan tubuh
  • Mengatasi masalah perut buncit
  • Melancarkan proses penghadaman dan pencernaan
  • Mengurangkan paras kolestrol dan gula dalam darah
  • Meningkatkan keanjalan kulit terutamanya pada bahagian tubuh yang menggelebeh

Kandungan 3Ple Miracle Diet

Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C yang berupaya meningkatkan metabolisme sekaligus membantu pembakaran lemak bagi mengurangkan berat badan yang berlebihan. Ia juga sarat dengan serat yang memastikan kelancaran sistem penghadaman, selain magnesium dan potassium yang mampu mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu menstabilkan tekanan darah, serta memelihara kesihatan jantung.

Daun Senna: Daun Senna ternyata baik untuk membantu mengawal berat badan, di mana ia berupaya memelihara sistem penghadaman dan pencernaan serta berfungsi sebagai julap secara semulajadi.

Inulin: Turut dikenali sebagai Polysaccharide, Inulin merupakan rangkaian serat yang menggalakkan fungsi imunisasi, memelihara sistem kardiovaskular, dan meningkatkan penyerapan mineral, zat besi, magnesium, kalsium dan zink ke dalam tubuh. Sesuai untuk menurunkan kandungan kalori dan berat badan. Inulin juga berupaya membantu melancarkan sistem penghadaman serta membantu mengurangkan selera makan untuk membantu mengurangkan berat badan.

Barli: Barli merupakan sejenis bijiran yang kaya dengan sumber vitamin, karbohidrat, protein dan asid lemak serta berkeupayaan mengurangkan kadar gula dalam darah, menguatkan tulang, menstabilkan tekanan darah dan tahap kolestrol serta membantu melancarkan proses penghadaman dan pencernaan seterusnya membantu mengawal dan mengurangkan berat badan.

Wheatgrass : Wheatgrass tinggi kandungan vitamin A, B-kompleks, C dan E serta kalsium, fosforus, magnesium, potassium, zink dan amino asid yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mengukuhkan otot, memelihara kesihatan kulit, serta meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit. Ia juga rendah kalori dan bebas daripada gula, kolestrol dan lemak bagi membantu mengurangkan kelaparan serta merupakan sumber antioksidan yang baik bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.

Roselle: Roselle kaya dengan zat vitamin B1, B1, C daa D yang bersifat antioksidan dan mampu menstabilkan paras kolestrol serta membantu mencantikkan kulit, di samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan seterusnya membantu mengawal dan mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Delima: Buah delima tinggi kandungan vitamin C yang bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak. Ia juga mampu menstabilkan paras gula di dalam darah di samping melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan sekaligus membantu menurunkan berat badan yang berlebihan.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Astaxanthin: Astaxanthin merupakan agen antioksidan yang sering terkandung di dalam ramuan semulajadi seperti ikan salmon, yis, ketam dan udang. Selain meneutralkan kesan radikal bebas bagi mencegah kerosakan sel, astaxanthin turut berupaya melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit seperti radang, kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia turut mampu meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tahap kolestrol, mengurangkan tahap gula dalam darah serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV).

Acai: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Ia juga tinggi kandungan vitamin C yang bertindak menyingkirkan toksin serta meningkatkan tahap metabolisme bagi membantu menggalakkan pembakaran lemak seterusnya mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Maquiberi: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan sekaligus membantu menentang risiko serangan kanser. Di samping itu maquiberi juga berupaya menggalakkan pengoksidaan kolestrol dalam darah dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberi mengandungi sifat antiradang dan antibakteria serta berperanan menstabilkan tahap gula dalam darah untuk membantu mengurangkan berat badan berlebihan.

Goji: Ramuan ini kaya dengan nutrien yang mampu menukar makanan kepada tenaga dan bukannya lemak, menurunkan kadar lemak dalam tubuh, meningkatkan tahap metabolisme tubuh seterusnya membantu mengatasi masalah berat badan yang ideal. Beri Goji juga mampu meningkatkan pembuatan tisu otot tanpa lemak serta menguatkan kelenjar yang bertanggungjawab untuk menjana tenaga dan merangsang pertumbuhan otot.

Raspberi: Phytonutrien yang terkandung di dalam raspberi membantu meningkatkan metabolisme dalam sel lemak tubuh seterusnya membantu menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. Tumbuhan ini juga merupakan agen antioksida yang membantu meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran oleh bahan kimia yang berbahaya dalam tubuh, di samping berupaya menentang penuaan sel kulit.

Blackcurrant: Blackcurrant kaya dengan nutrien yang bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan, malah turut berupaya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. Ia tinggi kandungan vitamin C yang berupaya menyingkirkan toksin dan meningkatkan tahap metabolisme seterusnya membantu menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh bagi membantu mengawal dan mengurangkan berat badan.

Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, membantu memelihara sistem saraf di samping membantu menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan.

Asam Jawa (Tamarind): Asam jawa yang sering terdapat di Asia Tenggara ini sebenarnya mampu meningkatkan tahap metabolisme yang kemudiannya memberikan kesan positif terhadap penurunan berat badan. Asid hidroksisitrik yang terkandung di dalam asam jawa berupaya mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh badan serta membantu mengawal selera makan seterusnya membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal.

Teh Hijau: Teh hijau mampu meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan pembakaran lemak di samping menstabilkan kadar gula dalam darah. Selain itu, daun teh yang bersifat antioksidan ini berupaya menghalang sel-sel lemak daripada menyerap glukosa serta dapat membantu dalam pembakaran kalori dan meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Garcinia Cambogia: Garcinia Cambogia mengandungi asid hidroksisitrik yang berupaya mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh, mengurangkan rasa lapar serta menggalakkan pembakaran kalori sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Psyllium: Herba ini tinggi kandungan serat yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung, serta membantu menstabilkan kadar kolestrol dan mengatasi masalah pencernaan. Psyllium juga mampu mengurangkan rasa lapar, melancarkan sistem penghadaman serta meningkatkan tahap metabolisme yang kemudiannya membantu mengawal dan mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini mengandungi vitamin B kompleks yang berupaya membantu meningkatkan metabolisme manakala gabungannya bersama vitamin A dan E serta asid folik dan niasin berperanan mempercepatkan proses pembakaran lemak bagi membantu mengawal berat badan. Selain itu, Aloe Vera juga mampu mengurangkan tahap gula dalam darah dan membersihkan perutselain menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit.

Cara Penggunaan 3Ple Miracle Diet

  1. Campurkan 1 sachet 3Ple Miracle Diet ke dalam secawan air kosong atau suam.
  2. Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
  3. Ambil 1 sachet setiap hari 10-15 minit selepas makan tengahari.
  4. Bagi berat yang melebihi 80kg, anda digalakkan mengambil 2 kali sehari iaitu selepas makan tengah hari dan makan malam.
  5. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.
  6. Kurangkan makanan manis, berminyak dan berlemak bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
  7. Simpan di tempat yang kering.
  8. Sesuai untuk lelaki dan wanita.

2 ulasan:

  1. mana satu produk sesuai bagi saya untuk mengurangkan berat badan.dah try banyak produck tapi tak ada perbezaan.tolong nasihatkan saya.

    shafi: mungkin boleh cuba figure up..

    BalasPadam
  2. kLU NAK ORDER BAGAIMANA ATAU ADA JUAL DI KEDAI-KEDAI JAMU

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.