Set Bersalin Mak Bidan - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

28 November 2012

Set Bersalin Mak Bidan

Set Bersalin Mak Bidan dilengkapi dengan persediaan herba yang diformulasi khusus untuk merawat dan memulihkan tenaga ibu sepanjang tempoh berpantang.

Kebaikan Set Bersalin Mak Bidan

  • Mengatasi masalah keletihan dan kelesuan
  • Mengurangkan kesakitan selepas bersalin
  • Mempercepatkan pemulihan luka atau jahitan
  • Menyegarkan dan memulihkan tenaga ibu selepas bersalin
  • Memelihara dan mengecutkan semula bahagian rahim
  • Menguatkan otot yang lemah akibat hami dan bersalin
  • Mengatasi masalah perut kembung dan angin dalam badan
  • Membantu menyingkirkan toksin dan darah kotor
  • Menghilangkan sengal tulang, kebas dan bisa pada tubuh badan
  • Meredakan ketegangan otot dan urat
  • Membantu memelihara saluran peranakan
  • Memelihara kehalusan dan kecantikan kulit
  • Mengurangkan kesan regangan dan selulit
  • Menghangatkan dan menyegarkan tubuh badan ibu dan bayi
  • Melindungi tubuh badan daripada jangkitan kuman dan penyakit

Kandungan Set Bersalin Mak Bidan

Pati Herba Mak Bidan

Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta meningkatkan ketegangan tisu kulit terutamanya di bahagian intim kaum wanita. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.

Ketumbar: Biji ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem pencernaan.

Lada Hitam: Di samping kaya dengan antioksidan yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan penyakit, lada hitam juga berupaya mengawal tekanan darah, mencegah masalah radang, merawat penyakit sendi, mengatasi masalah angin dalam badan serta membantu membekalkan tenaga untuk kecergasan tubuh badan.

Tapak Gajah: Tumbuhan yang turut dikenali sebagai tutup bumi ini sering digunakan dalam rawatan tradisional bagi membantu memelihara sistem penghadaman, mengatasi masalah radang memelihara kecantikan kulit serta menguatkan urat dan saraf selepas bersalin.

Lada Pintal: Selain membantu merawat keputihan, lada pintal turut berupaya mengatasi masalah bau badan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita.

Lada Putih: Lada putih merupakan biji lada yang telah matang serta berupaya meredakan sebarang kesakitan pada bahagian perut seperti masalah perut kembung di samping membantu memelihara sistem penghadaman.

Cabai Tali (Helicteres Isora): Tumbuhan yang kaya dengan antioksidan dan astringen ini bertindak mengatasi masalah penghadaman dan mengecutkan tisu tubuh seterusnya berupaya menegangkan kulit serta mengetatkan otot faraj.

Lada Lubang: Di samping melancarkan peredaran darah, tumbuhan ini juga bertindak mengatasi masalah perut kembung dan angin dalam badan.

Temulawak: Temulawak berperanan menyingkirkan toksin, mencegah jangkitan bakteria, meredakan sakit kepala, sendi dan sembelit. Ia juga berfungsi mengatasi masalah angin dalam badan seterusnya membantu menyegarkan lagi tubuh badan anda.

Daun Briyani: Daun briyani atau daun pudina bertindak mendingin dan menyegarkan kulit, mengatasi sakit kepala dan kelesuan serta melegakan masalah angin dalam badan dan perut kembung.

Serapat: Serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan dalaman kaum wanita. Ia berupaya mengetatkan otot faraj serta mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan selepas bersalin. Serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ di dalam tubuh badan.

Jintan Hitam: Jintan hitam atau Habbatus Sauda berupaya meningkatkan tahap tenaga di samping bertindak menjana tahap metabolisme, memelihara kecantikan kulit, menggalakkan penghasilan susu badan malah membantu memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Jintan Putih: Jintan putih bertindak sebagai penawar tradisional yang bersifat antiseptik serta berupaya mengatasi masalah angin dalam badan, penghadaman dan kekejangan otot. Ia juga kaya dengan zat besi yang berperanan mengatasi masalah kelesuan serta menguatkan sistem imunisasi bagi menentang jangkitan penyakit.

Kapsul Mak Beedan

Za'faran (Crocus Sativus): Bunga Za'faran kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, mengawal tekanan darah serta serta membantu memulihkan tenaga ibu selepas bersalin. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya melindungi anda daripada proses penuaan dan kerosakan sel.

Kayu Manis (Cinnamomum Zeylanicum): Kayu manis atau cinnamon sering digunakan dalam rawatan tradisional bagi membantu menyeimbangkan kandungan hormon, meredakan ketegangan otot, memelihara kecantikan kulit serta mencegah jangkitan kuman.

Bawang Putih (Allium Sativum): Selain membantu melancarkan sistem pernafasan dan penghadaman, bawang putih juga dapat memelihara kehalusan dan keremajaan kulit, mencegah jangkitan kuman dan masalah radang serta membantu mengatasi masalah jerawat dan bintik-bintik hitam. Di samping itu, bawang putih juga diyakini dapat mengurangkan kesan regangan kulit yang sering dialami oleh ibu bersalin.

Krim Panas Mak Bidan

Serai (Lemongrass): Serai bersifat antioksidan dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan kuman serta mempercepatkan pemulihan luka. Ia juga berupaya menyingkirkan toksin, meredakan sakit kepala, otot dan sendir serta memelihara kelembapan dan kehalusan kulit.

Capsaicin: Di samping membantu meredakan penyakit sendi dan ketegangan otot, komponen organik yang terkandung di dalam cili atau lada ini juga diyakini berkesan untuk membantu meningkatkan kadar metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak dan kalori.

Carbomer: Ramuan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik ini berperanan memelihara kelembapan dan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kegatalan.

Minyak Putih (Mineral Oil): Minyak galian yang turut dikenali sebagai minyak putih ini terhasil daripada proses penyulingan petroleum dan berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.

Limau Purut (Citrus Hystrix): Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksidan dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga dapat melancarkan peredaran darah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit anda.

Halia (Zingiber Officinale): Di samping mengatasi masalah angin dalam badan, halia juga berupaya mengurangkan kesan parut, melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta memelihara kecantikan kulit anda.

Bedak Sejuk Mak Bidan

Gardenia Florida: Bunga melur atau melati jenis Gardenia Florida yang bersifat antioksidan ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya membantu memelihara keremajaan kulit.

Cempaka (Michelia Champaca): Bunga cempaka dapat membantu mempercepatkan pemulihan luka di samping bertindak sebagai aromaterapi bagi menenangkan dan menyegarkan tubuh badan anda.

Halia (Zingiber Officinale): Di samping mengatasi masalah angin dalam badan, halia juga berupaya mengurangkan kesan parut, melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta memelihara kecantikan kulit anda.

Cengkih (Syzygium Cumini): Cengkih yang bersifat antiseptik ini berupaya mempercepatkan pemulihan luka, meredakan ketegangan otot, mengatasi sakit kepala, memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, meningkatkan sistem imunisasi serta membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

Perawan Herbal Wash

Sirih (Piper Betle): Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita selain menentang jangkitan mikroorganisme serta merawat masalah jerawat dan kegatalan.

Kacip Fatimah (Labisia Pumila): Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, mengetatkan otot faraj serta mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil.

Manjakani (Quercus Infectoria Oak Gall): Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Minyak Bayi Mak Bidan

Minyak Cajeput (Melaleuca Leucadendron): Ekstrak daun dari pokok gelam kaya dengan zat terpenoid serta bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman, membantu memulihkan luka, mengatasi kesan alahan pada kulit di samping berupaya memperbaiki struktur kulit, mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, radang dan kegatalan serta menyejukkan dan mendinginkan kulit.

Mentha Arvensis: Ekstrak dari daun pudina liar jenis Mentha Arvensis ini bukan sahaja mampu mendingin dan menyegarkan kulit malah turut berupaya melegakan masalah perut kembung.

Limau Nipis (Citrus Aurantifolia): Tumbuhan yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini berfungsi menentang jangkitan kuman dan serangan penyakit selain berkesan sebagai aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah serta membantu menyegarkan tubuh badan.

Limau Purut (Citrus Hystrix): Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksidan dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga dapat melancarkan peredaran darah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit anda.

Mentha Piperita: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya menyejuk dan menyegarkan kulit si manja anda.

Kapur Barus (Cinnamomum Camphora): Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini dihasilkan daripada pokok tropika dan mampu menenangkan bahagian luaran tubuh serta membantu mengatasi masalah perut kembung.

Mandian Herba Mak Bidan (Percuma)

Serai Wangi: Serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.

Serai Paha Ayam: Serai mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat sakit kepala, otot dan sendi di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan menyahtoksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Selain menggalakkan fungsi sistem saraf, menyihatkan kulit, serai juga mengandungi sebatian Citral yang membantu mematikan sel kanser dalam tubuh badan.

Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan membantu mengekalkan kelembapan kulit selain berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga mampu merawat luka serta melancarkan peredaran darah sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman.

Bonglai Putih (Zingiber Cassumunar): Bonglai merupakan herba yang memainkan peranan penting dalam rawatan tradisional. Selain membantu memulihkan demam dan membuang angin dalam badan, bonglai putih juga mampu merawat wanita selepas bersalin, menstabilkan tekanan darah serta menyingkirkan toksin dan darah kotor.

Temulawak: Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.

Pandan: Selain mempunyai aroma yang harum dan mampu meredakan tekanan, daun pandan juga berupaya melegakan sakit kepala dan dada serta membantu mengatasi masalah kulit, demam, kekejangan perut serta mempercepatkan pemulihan ibu dalam pantang.

Inai: Selain bertindak sebagai bahan pewarna untuk rambut dan jari, inai mampu menyembuhkan luka dan kudis, mengatasi penyakit kulit serta bersifat astringen yang berupaya mengawal pendarahan atau haid yang berlebihan dan merawat keputihan.

Cara Penggunaan Set Bersalin Mak Bidan

Pati Herba Mak Bidan

  1. Ambil 1 sudu Pati Herba Mak Bidan setiap pagi dan petang selepas makan.
  2. Amalkan penggunaan bermula hari pertama sehingga hari ke-20 selepas bersalin.

Kapsul Jamu Mak Bidan

  1. 1. Ambil 1 biji Kapsul Jamu Mak Beedan 3 kali sehari.
  2. Mulakan pengambilan pada hari ke-21 sehingga hari ke-40 selepas bersalin.
  3. Amalkan meminum air suam untuk menggalakkan keberkesanannya.

Krim Panas Mak Bidan

  1. Sapukan dan urut Krim Panas Mak Bidan pada seluruh badan terutamanya pada bahagian perut.
  2. Gunakan sebelum memakai bengkung.
  3. Jauhkan dari bahagian payudara.

Bedak Sejuk Mak Bidan

  1. Sapukan pada bahagian dahi dan seluruh badan (kecuali payudara dan perut).
  2. Gunakan Bedak Sejuk Mak Bidan selepas menggunakan Krim Panas Mak Bidan.
  3. Goncang sebelum guna.
  4. Tidak perlu dibancuh bersama air.

Perawan Herbal Wash

  1. Basahkan bahagian intim.
  2. Gosokkan Perawan Herbal Wash pada bahagian intim sehingga berbuih.
  3. Bilas dengan air sehingga bersih dan keringkan.

Tungku Herba Mak Bidan

  1. Kukus Tungku Herba Mak Bidan selama 10-15 minit ia sedia untuk digunakan.
  2. Simpan di dalam peti sejuk setelah digunakan.
  3. Kukus semula sebelum penggunaan seterusnya.

Minyak Bayi Mak Bidan

Sapukan Minyak Bayi Mak Bidan pada bahagian perut, dada, belakang badan dan tapak kaki bayi selepas mandi.

Mandian Herba Mak Bidan

  1. Rendamkan 1 uncang Mandian Herba Mak Bidan di dalam setengah baldi air panas.
  2. Biarkan selama 5-10 minit.
  3. Tambahkan air ke dalam baldi tersebut sehingga ia menjadi suam.
  4. Mandi seperti biasa.
  5. Untuk kegunaan wanita selepas bersalin sahaja.

19 ulasan:

  1. ok x set ni?
    ermm jauh lbh murah dr yg jual di pasaran..

    BalasPadam
  2. Salam..mcm maner nk order? Bila boleh dpt? Sy duduk ipoh..dh bsalin msk hari ke 8..

    shafi: secara ringkasnya order dengan buat pembayran ke akaun shahril dan kemudian sms detail order ke 0136745006..kalo tak da masalah stok order yang sampai pada kami sblm 11am akan dipos segera.. pos ambil masa 1-3 hari utk serahkan pesanan puan..

    BalasPadam
  3. Tunku herba mak bidan ni leh pkai utk skali pantang ato leh simpan utk dimasa akn dtg...

    shafi: boleh di simpan untuk masa akan datang..cuma pastikan tungku betul betul kering sebelum di simpan..

    BalasPadam
  4. nor fatin bt ahmad sedekJumaat, 14 Jun, 2013

    Set bersalin ni kllu mnyusun baby xde kne ape2..

    shafi: kalo menyusu tak da masalah utk ambil produk ni..

    BalasPadam
  5. salam..kalo sy nk beli set bersalin mak bidan dengan bengkung..kos penghantaran utk kedua2 brg $6 juga ke?

    shafi: ya puan .. kos penghantaran masih rm6 juga utk dua atau lebih barang..

    BalasPadam
  6. kalau beli set ni percuma mandian herba?

    shafi: ya ..percuma mandian herba.. ada dalam kotak..

    BalasPadam
  7. set ni bertahan untuk berapa lama?

    shafi: bertahan sepanjang 40 hari pantang bersalin..

    BalasPadam
  8. assalam..nk tnya yg mandian herba dpt percuma tu berapa uncang?
    n kalau order ambil berapa hari nk dpt?
    tq

    shafi: maaf mandian herba yang percuma tu di letak sekali dalam kotak..tak pasti berapa uncang.. kalo order biasanya pos ambil masa 1-3hari bekerja utk serahkan pesanan puan jika stok ada..

    BalasPadam
  9. owh..ok..sy nk yg ni..lg 1 tungku mcmna nk steam kn..once sy dh bank in,sy sms.tq

    shafi: rasanya kukus tungku tu macam kukus nasi..

    BalasPadam
  10. asalam..berapa rm yg sy nk bankin ni..inshallah..esok atau lusa sy bank in sb kesuntukkan masa..sorry..
    tq!

    shafi: bankin RM149.25 + kos pos rm 6.. total kena bankin rm155.25..

    BalasPadam
  11. okeh..once sy dh bankin sy sms..tq for ur help.

    BalasPadam
  12. salamualaikum..sy dh 15 bersalin..klu sy nk beli pati herba mak bidan sahaja boleh tak?klu boleh hrga berape

    shafi: maaf.. pati herba mak bidan kami tak da jual asing..

    BalasPadam
  13. Sy nk tny, sy skrng dh 32 hari, tp, sy nk guna produk ni dr hari ke 40 dan seterusnya. Bleh x? Xde masalah kan klau sy nk guna..

    shafi: tak da masalah.. boleh guna..

    BalasPadam
  14. Ok.. slps bank in, sy akn sms... klau bank in pg, kul brape brng akn di pos?

    shafi: biasanya order yang sampai pada kami sebelum pkl 11am akan di bungkus segera jika stok ada..jika selepas pkl 11 am, item akan dibungkus keesokkan hari bekerja..

    BalasPadam
  15. Sy dh bnk in kul 9.30 pg td atas nama mohd azan muhamad. Sy nk tau brng tu dh dipos @ blum..

    BalasPadam
  16. salam..sy nk taye..produk set bersalin mne yg plg ok? klu sy bli produk ni stu set leh x cmpur dgn produk shaklee?sbb sy dh bli stu set shaklee n nk bli set brsalin mak bidan..ada pape effek klu cmpur? 1 lg bole bg full address kdai kt shah alam?

    BalasPadam
  17. pesanan puan telah dipos pada 28aug..tracking no ef044204475my

    BalasPadam
  18. assalamualaikum...
    1)blh sy tau hg param pilis, krim panas n minyak telon mak bidan...blh xnk beli borong....klu blh brape min n 1pc brape..

    2)mandian herba mak bidan klu bli borong hg brape n brape min borong

    BalasPadam
  19. Kalau beli set bersalin mak bidan ni dpt percuma dgn mandian herba ke, Ada berapa uncang? Adakah pek dia sama dgn pek mandian herba mak bidan yg dijual rm15.20 tu?

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.