Losyen Sutera Wangi V’Asia - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

21 Oktober 2012

Losyen Sutera Wangi V’Asia

Sutera Wangi V'Asia merupakan losyen pencerah badan yang diperkaya dengan kebaikan kolagen, mutiara, soya dan vitamin E yang berkesan untuk memelihara kelembapan dan kehalusan kulit anda. Ia turut bertindak melindungi kulit anda daripada kerosakan akibat sinaran UV seterusnya menjadikan kulit anda tampil lebih gebu dan bermaya.

Kandungan: 130 ml

Kebaikan Sutera Wangi V'Asia

  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit dengan berkesan
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Menyerlahkan keremajaan kulit
  • Menjadikan kulit tampil lebih segar, gebu dan bermaya
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV

Kandungan Sutera Wangi V'Asia

Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.

Soya: Biji kacang soya yang telah melalui proses hidrolisis ini diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit kita. Ia lengkap dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Kacang soya juga berperanan menghapuskan sel kulit mati di samping melembap, meremaja dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit kita. Tumbuhan yang berkhasiat tinggi ini juga berupaya mengurangkan garis-garis halus pada kulit, memudarkan tanda-tanda penuaan, serta melindungi kerosakan kulit berikutan sinar ultraviolet.

Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.

Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai agen antioksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, Gluta turut berupaya menyingkirkan toksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang proses penuaan dan kerosakan sel.

Cara Penggunaan Sutera Wangi V'Asia

  1. Sapu dan ratakan losyen Sutera Wangi pada permukaan kulit.
  2. Urut sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam lapisan kulit.
  3. Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

2 ulasan:

  1. Abd.Sukor Bin HusinSabtu, 08 Jun, 2013

    Memohon Sebut Harga Produk Halal Kecantikan & Penjagaan Kulit terkini keluaran
    SHAFI-MY.

    Sukacita kami telah membaca dan faham akan perkhidmatan pengeluaran jenama tuan/puan sehubungan dengan itu kami ingin mencuba produk tuan/puan.

    Oleh yang demikian itu sila e-mailkan kepada saya perkara berkaitan diatas, dan juga alamat perniagaan tuan. Sekian terima kasih.

    Daripada: Abd.Sukor Bin Husin (deaf)
    Company: Agro Stamina Gemilang. (Reg 2008/09) Parit Bunga, Muar Johor.

    Homestay Inn Muar, 49 Batu 2 Tanjung Gading, Parit Bunga Laut 84000 Muar Johor.

    BalasPadam
  2. Abd.Sukor Bin HusinSabtu, 08 Jun, 2013

    Memohon Sebut Harga Produk Halal Kecantikan & Penjagaan Kulit terkini keluaran
    SHAFI-MY.

    Sukacita kami telah membaca dan faham akan perkhidmatan pengeluaran jenama tuan/puan sehubungan dengan itu kami ingin mencuba produk tuan/puan.

    Oleh yang demikian itu sila e-mailkan kepada saya perkara berkaitan diatas, dan juga alamat perniagaan tuan. Sekian terima kasih.

    Daripada: Abd.Sukor Bin Husin (deaf)
    Company: Agro Stamina Gemilang. (Reg 2008/09) Parit Bunga, Muar Johor.

    Homestay Inn Muar, 49 Batu 2 Tanjung Gading, Parit Bunga Laut 84000 Muar Johor.

    Maklum balas dihargai.

    Yang benar,

    (Abd.Sukor Bin Hj.Husin)
    Master of Business Admin ..

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.