Gel Aloe Gamat D’Herbs - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

18 Oktober 2012

Gel Aloe Gamat D’Herbs

Gel Aloe Gamat D'Herbs membantu menghilangkan kesan parut akibat luka yang disebabkan oleh kecederaan mahupun pembedahan di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit anda. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Kandungan: 150 ml

Kebaikan Gel Aloe Gamat D'Herbs

  • Membantu menghilangkan kesan parut akibat luka
  • Membantu ibu bersalin mengurangkan kesan rekahan
  • Mempercepatkan pemulihan luka dan lebam
  • Menghilangkan kesan gigitan serangga
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Boleh digunakan pada permukaan wajah untuk mengatasi masalah kulit kering
  • Tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit
  • Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga

Kandungan Gel Aloe Gamat D'Herbs

Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.

Gamat: Gamat sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain memelihara kehalusan dan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman.

Alfalfa: Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang kaya dengan zat vitamin A, B, D, E dan K yang bertindak memelihara kesihatan kulit dan mencegah kerosakan akibat bahan kimia atau sinaran ultraungu yang berbahaya di samping menggalakkan penyembuhan luka. Malah, ia juga mengandungi klorofil yang berupaya merawat masalah kulit kering, memperbaiki struktur kulit serta memelihara kesihatan kulit anda.

Cara Penggunaan Gel Aloe Gamat D'Herbs

  1. Sapukan Gel Aloe Gamat pada bahagian yang dikehendaki.
  2. Amalkan 2-3 kali sehari untuk hasil yang memberangsangkan.
  3. Untuk kegunaan luaran sahaja.

1 ulasan:

  1. nak tanya, kalau luka atau parut kemalangan yang dah lama boleh hilang juga ke guna gel ni? kalau utunk selulit pun boleh juga ke?

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.