Set Rawatan Pencerahan & Awet Muda dilengkapi dengan Herbal Lightening Soap + Collagen, Vita C Multi Toner, Sunblock Silky Day Cream dan Collagen Lightening Night Cream yang diformulasi khusus untuk mencerahkan dan menyerlahkan keremajaan kulit wajah seawal 7 hari.
Kebaikan Set Rawatan Pencerahan & Awet Muda
- Memelihara kejelitaan dan keremajaan kulit
- Meningkatkan kecerahan kulit wajah tanpa pengelupasan
- Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah anda
- Membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat, parut, bintik-bintik hitam serta lingkaran hitam di bawah mata
- Mengecilkan liang pori
- Menyingkirkan sel kulit mati
- Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
- Mengekalkan kelembapan kulit
- Memelihara kehalusan kulit
- Mengatasi masalah kulit kering, kusam dan berminyak
- Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
- Melambatkan proses penuaan kulit
Kandungan Set Rawatan Pencerahan & Awet Muda
Herbal Lightening Soap + Collagen
Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
Lime Blossom (Tilia): Tumbuhan berbunga yang turut dipanggil linden ini kaya dengan flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan bagi membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel dan proses penuaan. Ia juga bersifat astringen yang berupaya mengecutkan tisu tubuh sekaligus membantu meningkatkan ketegangan kulit anda.
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.
Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.
Betik (Carica Papaya): Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, eczema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit anda.
Vitamin C (Asid Askorbik): Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
Vitamin E (Tocopheryl Acetate): Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
Avokado (Persea Aratissima): Buah Avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung, di samping mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
Timun (Cucumis Sativus): Di samping bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan kulit, timun turut tinggi kandungan air yang berupaya menyingkirkan toksin dan memelihara kelembapan kulit. Timun turut berupaya menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata dan berseri serta kaya dengan vitamin E dan potassium yang berupaya mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus pada kulit wajah.
Kolagen (Asid Hyaluronic): Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
Vita C Multi Toner
Witch Hazel (Hamamelis Virginiana): Ekstrak daun Witch Hazel atau Winterbloom ini bersifat antioksidan dan astringen yang berupaya membantu mencegah kerosakan sel dan membantu mencegah proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat, memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Mawar: Bunga mawar kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit di samping berupaya mengatasi masalah jerawat, eczema dan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari. Bunga mawar turut mampu memelihara kehalusan kulit, mengecilkan liang pori serta menjadikan tona kulit lebih sekata.
Chamomilla Recutita (Chamomile): Bunga Chamomile mampu mengurangkan kemerahan pada kulit, membersih kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti radang kulit, ekzema, ruam, jerawat, psoriasis atau kegatalan serta kesan alahan kulit.
Sunblock Silky Day Cream
SPF 30: SPF (sun protection factor) mengukur kadar perlindungan terhadap radiasi ultraviolet (UV). Semakin tinggi kadar SPF di dalam sesebuah produk penjagaan diri, semakin tinggi perlindungan yang diberikan terhadap kulit bagi mencegah kerosakan akibat radiasi (UV).
Sutera: Bahan ini diperbuat daripada serat sutera yang dihasilkan oleh ulat sutera serta berupaya menyerap terus ke dalam lapisan kulit bagi memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga mampu mempercepatkan pemulihan luka, mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus, serta memperbaiki tona kulit agar ia lebih sekata.
Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
Collagen Lightening Night Cream
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
Vitamin E: Vitamin E merupakan agen antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
Lobak (Daucus Carota Sativa): Lobak ternyata kaya dengan vitamin A, mineral dan antioksidan yang bukan sahaja berupaya menaikkan seri kulit, malah berkesan untuk menyingkirkan kesan cela dan penuaan seperti parut, jeragat, bintik-bintik hitam serta kedutan. Di samping itu, ia juga dapat membantu mengatasi masalah pigmentasi dan tona yang tidak sekata, mengekalkan keanjalan kulit, melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari serta mencegah proses penuaan.
Lemon (Citrus Medica Limonum): Buah lemon yang kaya dengan kebaikan vitamin C dan asid sitrik ini berkesan untuk menegangkan kulit serta menyingkirkan bakteria yang menyebabkan masalah kulit seterusnya membantu mengatasi masalah jerawat, parut, jeragat dan kulit berminyak.
Cara Penggunaan Set Rawatan Pencerahan & Awet Muda
Siang
- Cuci wajah dengan Herbal Lightening Soap + Collagen dan bilas sehingga bersih.
- Sapu dan ratakan Vita C Multi Toner pada permukaan kulit wajah dengan kapas.
- Bagi kulit sensitif, semburkan penyegar pada kapas yang telah dilembapkan dengan air dan sapukan pada kulit wajah. Gunakan pada waktu malam sahaja.
- Sapu dan ratakan Sunblock Silky Day Cream secara nipis pada permukaan kulit wajah.
Malam
- Cuci wajah dengan Herbal Lightening Soap + Collagen dan bilas sehingga bersih.
- Sapu dan ratakan Vita C Multi Toner pada permukaan kulit wajah dengan kapas.
- Bagi kulit sensitif, semburkan penyegar pada kapas yang telah dilembapkan dengan air dan sapukan pada kulit wajah. Gunakan pada waktu malam sahaja.
- Sapu dan ratakan Collagen Lightening Night Cream secara nipis pada permukaan kulit wajah.
- Untuk kulit sensitif, jarakkan penggunaan kepada selang satu malam. Jika terdapat reaksi pada kulit, jarakkan penggunaan kepada 2-3 malam. Jika tidak, gunakan pada setiap malam.
saya berminat untuk membeli barangan ini
BalasPadamshafi: boleh terus order dengan kami dengan membuat pembayaran harga produk + kos pos rm6.. lepastu sms detail order ke no order kami di 0136745006..
salam,,sy berminat dgn set ny tp knpe murah ekh?sy tgok kat tv harga RM79.90..Sekadar bertanya :)
BalasPadamshafi: kami dapat dengan harga murah dari stokis kami..jadi kami jual dengan harga diskaun utk customer kami..
Salam,
BalasPadamTolong suggest set mana elok untuk penjagaan muka and minuman collagen yang mana berkesan.
Sy berumur 40 dan tak pernah pakai apa apa set penjagaan kulit sebelum ni tapi sekarang nak start pakai untuk maintain coz umur pun dah tua sekarang.
Also boleh suggest pelangsingan badan yang mana guarantee berkesan?
Harap dapat balasan.
Terima Kasih,
Angelina
shafi: utk penjagaan muka kami sugest kan vitamin c + collagen series.. http://shafi.my/vasia/vitamin-c-collagen-series/
minuman collagen boleh cuba kaisara beauty drink.. http://shafi.my/lain-lain/kaisara-beauty-drink/
pelangsingan badan kami sugestkan ambil premium diet dari dherbs.. http://shafi.my/dherbs/premium-diet-plus-fibre-de-herbs/
ia akan membuatkan puan kerap buang air besar setelah beberapa jam pengambilannya..
1 set ni leh tahan bpe lama?
BalasPadamshafi: lebih kurang sebulan..
Salam,,
BalasPadamSy berasal dri Lawas,Sarawak..sy brminat dgn set Vitamin C + Collagen Series ni..jika sy order barangan ini brapa lamakah order sy akan sampai..
Harap dapat balasan..
shafi: stok sekarang ada..biasanya utk sabah sarawak ambil masa 3-5hari bekerja utk sampai guna poslaju..
nk tnya,, mcm mane ksan trhdp klt muka jika produk ni x ssuai?
BalasPadamshafi: maaf buat masa ni, kami tak terima komplain dari customer lagi berkenaan produk ni..
sy nk tnya,kalau muka yg brjrawat set apa yg pling ssuai??kalau kta gna set itu,ia akan ambik masa brpa lama utk jrawat tu hlang??
BalasPadamshafi: set argan discovery pun sesuai utk kulit muka berjerawat..biasanya ambil masa 1-2 bulan utk hilang jerawat.. bergantung pada individu..
muka sy bru lps berjerawat n tggl ksn parut, sesuai ke sya mggunakan set vitamin c + collagen? set ni msh ad stok ke?
BalasPadamshafi: sesuai pakai set ni..stok masih ada..
salam...hi...sy ada masalah kulit...kulit sensitif...parut jerawat ...n jerawat halus serata pipi n dahi...produk vasia yang mane sesuai untuk saya ye...boleh bg suggestion...terima kasih.
BalasPadamshafi: boleh cuba set ni..
brape kali kena cuci muka dgn sabun whitening dengan kolagen ni dlm sehari? adkah kena cuci muka setiap kali mndi?
BalasPadambiasanya pakai 2 kali sehari pagi dan malam..
BalasPadamsaya nak tanya...kalau sy nak beli vitamin c+ collagen series, sabun panas herba, panas asli, dan cerah gebu body care...adakah setiap bahan perlu tambah rm6 atau xdapat diskaunkah? saya berada di kuching sarawak.
BalasPadamset ni ada stok lagi tak? saya nak oder arini kalau ada..tq
BalasPadam