Sabun Lunas Resdung D'Herbs - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

12 Mei 2012

Sabun Lunas Resdung D'Herbs

Lunas Herbal Soap dihasikan daripada herba bermutu tinggi yang kaya dengan pelbagai jenis nutrien bagi memelihara kecantikan kulit. Ia mampu menyingkirkan cela pada wajah serta membantu merawat masalah kulit seperti jerawat yang kronik agar wajah anda lebih sihat dan bersih.

Khasiat Lunas Herbal Soap

  • Menyingkirkan cela dan kotoran pada wajah
  • Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat yang kronik
  • Mengurangkan kegatalan pada kulit
  • Mengembalikan keremajaan kulit
  • Mengawal masalah kulit berminyak
  • Menyegarkan kulit wajah
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita

Kandungan Lunas Herbal Soap

Kunyit (Curcuma Longa): Kunyit dari jenis Curcuma Longa ini bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.

Kunyit Liar (Curcuma Aromatica): Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.

Acorus Calamus: Herba ini berupaya membina dan mengekalkan tisu kulit yang sihat di samping melembap dan menghaluskan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel, membantu melambatkan proses penuaan dan mengatasi masalah kulit.

Amla (Emblica Officinalis): Turut dipanggil gooseberi, tumbuhan yang bersifat antioksidan ini berupaya mencegah kerosakan sel seterusnya memelihara kulit daripada proses penuaan dan serangan kanser di samping membantu mengawal kadar minyak pada kulit, mengecilkan liang pori, menyingkir sel kulit mati dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Kunyit Putih (Curcuma Zedoaria): Herba ini bersifat antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan selain berperanan menyingkirkan toksin dan mengatasi kegatalan pada kulit.

Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu menyahtoksin, mengatasi masalah jerawat, mengurangkan kesan parut, menyerlahkan seri wajah di samping berfungsi sebagai agen antioksida yang baik bagi melambatkan proses penuaan kulit.

Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun ternyata mempunyai khasiat yang pelbagai bagi kulit, rambut serta kesihatan dalaman. Ia tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit.

Serai Wangi (Citronella): Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyingkirkan toksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.

Cara Penggunaan Lunas Herbal Soap

  1. Basahkan wajah.
  2. Buihkan Sabun Lunas R’Sdong dengan air dan urut perlahan-lahan pada keseluruhan muka.
  3. Biarkan selama 1 hingga 2 minit dan bilas hingga bersih.
  4. Gunakan 2 hingga 3 kali terutamanya pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

1 ulasan:

  1. salam, saya nak bertanya tentang produk r'sdong.. guna sabun dan bedak ini boleh campur dengan produk muka yg saya guna tak? atau kena guna produk resdung je?

    shafi: better pakai produk resdung je..elakan bercampur dengna produk muka yang lain..

    BalasPadam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.