Makbul Munajat merupakan krim panas yang mengandungi 1001 kebaikan untuk kesihatan tubuh seperti membantu membuang angin dalam badan, meredakan kekejangan otot, sakit pinggang, perut kembung, sakit kepala dan tekanan yang dialami seterusnya membantu menyegarkan tubuh badan anda sepanjang hari.
Khasiat Makbul Munajat
- Sesuai untuk digunakan pada seluruh tubuh
- Tidaka berminyak
- Mudah meresap ke dalam lapisan kulit
- Membantu membuang angin dalam badan
- Membantu melancarkan peredaran darah
- Mengatasi ketegangan otot dan penyakit sendi
- Melegakan perut kembung
- Meredakan selsema
- Menyegarkan tubuh badan
- Meredakan tekanan dan sakit kepala
- Mengatasi sakit pinggang
- Memelihara kecantikan kulit
- Mempercepatkan pemulihan luka
- Mengurang kesan lebam
- Memelihara sistem saraf
Kandungan Makbul Munajat
Serai (Cymbopogon Schoenanthus): Serai yang sering terdapat di Asia Timur dan Afrika ini berupaya menyingkirkan toksin dari kulit bagi membantu mencegah proses penuaan kulit di samping bersifat antiseptik bagi mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit. Serai juga berupaya mengatasi masalah kulit berminyak serta membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
Capsaicin: Capsaicin merupakan sebahagian komponen di dalam cili atau lada yang berupaya meredakan kesakitan pada tubuh seperti terseliuh dan sakit belakan serta membantu mengurangkan kegatalan, menggalakkan pembakaran lemak pada tubuh badan seterusnya membantu anda membentuk tubuh badan yang ideal.
Limau Purut (Citrus Hystrix): Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga melancarkan peredaran darah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit anda.
Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
Cara Penggunaan Makbul Munajat
- Sapukan Makbul Munajat pada bahagian tubuh yang ingin dirawat seperti perut, lengan, bahu, lutut mahupun pinggang.
- Urut perlahan-lahan mengikut putaran jam.
- Gunakan pada bila-bila masa.
- Untuk kegunaan luaran sahaja.
- Jauhkan daripada bayi dan kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan