Gold Beauty Foundation m erupakan bedak asas yang harus dimiliki oleh setiap wanita yang mengimpikan wajah yang tampil lebih anggun, awet muda dan berseri. Ia diperkaya dengan SPF40 bersama adunan minyak Argan, minyak kelapa dara, kolagen serta vitamin C dan E yang bukan sahaja berupaya memelihara kehalusan dan keremajaan kulit, malah dapat melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan akibat sinaran UV. Gold Beauty Foundation sesuai digunakan untuk semua jenis dan tona kulit.
Gold Beauty Foundation membantu mencerahkan kulit secara semulajadi di samping berkesan untuk merawat masalah parut jerawat, jeragat dan kesan penuaan yang menjejaskan penampilan anda. Ia sesuai digunakan sebagai alas bedak dan pelembap seterusnya menjadikan solekan anda lebih menawan.
Kebaikan Gold Beauty Foundation
- Memelihara keremajaan dan keanggunan wajah
- Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV
- Membantu menutup kesan cela seperti parut, kedutan dan jeragat pada wajah
- Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit wajah anda
- Menghasilkan tona kulit yang lebih sekata
- Mengatasi masalah kulit yang kusam dan kemerah-merahan
- Sesuai untuk semua jenis dan tona kulit
Kandungan Gold Beauty Foundation
Minyak Kelapa Dara (Cocos Nucifera): Minyak kelapa dara bukan hanya mampu memelihara kesihatan jasmani, malah ia juga kaya dengan kebaikan untuk rawatan kecantikan kulit. Selain membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat jangkitan kuman mahupun pancaran cahaya matahari, ia tinggi kandungan minyak tepu, protein serta vitamin E yang bertindak memelihara kelembapan dan kehalusan kulit dari dalam. Di samping itu, ia juga berupaya melambatkan proses penuaan awal seterusnya mencegah kemunculan kedutan pada kulit anda.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
Cara Penggunaan Gold Beauty Foundation
- Oleskan krim Gold Beauty Foundation pada bahagian dahi, pipi, dagu, hidung dan sekitar mata.
- Ratakan krim ke seluruh permukaan kulit bermula dari dagu ke bahagian atas.
- Gunakan pada waktu siang selepas mencuci muka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan