24K Gold Miracle Bar V'Asia merupakan formulasi teknologi nano berasaskan emas 24 karat khusus untuk menjadikan kulit wajah anda tampil lebih awet muda dan menawan. Ia turut diperkaya dengan campuran sarang burung, sel stem epal, kolagen serta vitamin A, C dan E yang mampu merawat masalah kulit yang menjejaskan penampilan anda.
Kebaikan 24K Gold Miracle Bar V'Asia
- Memperbaiki tekstur kulit agar lebih sihat dan berseri
- Membersihkan kesan kotoran pada kulit
- Menyingkirkan toksin dan sel kulit mati
- Membantu merawat masalah kulit kering, kusam dan bersisik
- Membasmi kuman seterusnya membantu mengatasi masalah jerawat
- Mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit
- Meneutralkan tahap pH kulit
- Memelihara kehalusan kulit
- Meningkatkan kecerahan kulit wajah
- Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
- Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
- Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
- Memelihara kehalusan dan kelembapan kulit anda
- Membantu mencegah proses penuaan kulit
Kandungan 24K Gold Miracle Bar V'Asia
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
Sel Stem Epal: Sel stem yang diperoleh daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.
Sarang Burung: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dan mineral lain yang bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, malah mampu mencantikkan kulit. Kandungan protein yang tinggi di dalam sarang burung sebenarnya mengandungi asid amino menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya menghalus dan menganjalkan kulit, di samping membantu meningkatkan kecerahan kulit serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
Soya: Soya kaya dengan protein, serat dan vitamin E yang berperanan mengekalkan kelembapan kulit menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan tisu kulit yang baru dan sihat seterusnya membantu menyerlahkan keremajaan dan kecantikan kulit. Selain berupaya menyingkirkan minyak berlebihan dari lapisan kulit yang dapat membantu mengurangkan penghasilan jerawat, soya juga mengandungi phytoestrogen yang berperanan menggalakkan keanjalan kulit seterusnya membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis-garis halus dan jeragat.
Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
Betik: Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, ekzema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak mengekalkan kehalusan dan keremajaan kulit wajah anda.
Cara Penggunaan 24K Gold Miracle Bar V'Asia
- Buihkan 24K Gold Miracle Bar.
- Gosok dan urut pada wajah selama 1 minit.
- Bilas sehingga bersih.
- Gunakan pada waktu pagi dan malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan