Teh Herba Orang Kampung dirumus dari herba-herba bermutu tinggi yang digunakan secara tradisional bagi membantu anda mengawal serta mengurangkan berat badan. Ramuan asli yang terkandung di dalam produk ini seperti daun Senna, kayu manis dan jintan manis juga turut berkesan untuk membantu mengatasi masalah sembelit, perut kembung dan angin dalam badan.
Teh Herba Orang Kampung hadir dalam 3 pilihan perisa:
- Original
- Halia
- Citrus
Kandungan: 30 uncang
Khasiat Teh Herba Orang Kampung
- Membantu menurunkan berat badan
- Meningkatkan tahap metabolisme
- Melancarkan proses penghadaman
- Melancarkan proses perkumuhan
- Membantu mengatasi masalah sembelit
- Meredakan masalah perut kembung dan angin dalam badan
- Mencegah pembinaan lemak di dalam tubuh badan
- Membantu mengawal selera makan
- Sesuai untuk lelaki dan wanita
Kandungan Teh Herba Orang Kampung
Daun Senna (Cassia Angustifolia): Daun Senna yang turut dipanggil daun jati Cina ini banyak terdapat di negara India dan China. Selain sering menjadi tanaman hiasan, daun Senna juga berperanan membantu melancarkan sistem pencernaan, mengatasi masalah sembelit dan masalah kulit serta menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh.
Jintan Manis (Pimpinella Anisum): Turut digelar anise, ekstrak jintan manis yang turut dipanggil minyak adas ini bersifat diuretik serta mampu melancarkan proses perkumuhan di samping membantu meredakan masalah perut kembung dan angin dalam badan.
Kayu Manis (Cinnamonium Zeylanicum): Selain membantu meningkatkan tahap tenaga, kayu manis atau cinnamon turut berkesan untuk membantu menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia mampu membantu anda menggalakkan rasa kenyang, membantu mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh serta menjana metabolisme gula dalam darah seterusnya membantu menukar gula yang diambil kepada tenaga. Di samping itu juga, kayu manis turut berupaya melancarkan proses penghadaman serta membantu menyerap nutrien ke dalam tubuh badan.
Cara Penggunaan Teh Herba Orang Kampung
- Masukkan 1 uncang Teh Herba Orang Kampung ke dalam secawan air panas.
- Ambil 2 kali sehari: selepas makan tengahari dan makan malam.
- Amalkan diet pemakanan yang seimbang dan senaman bagi menggalakkan proses penurunan berat badan.
- Tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan