Set Bersalin Salindah dilengkapi dengan persediaan homeopati yang dirumus secara khusus untuk memelihara kesihatan ibu ketika hamil sehinggalah selepas melahirkan bayi.
Khasiat Set Bersalin Salindah
- Membekalkan nutrien yang penting untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan
- Meningkatkan tahap tenaga jasmani
- Mengatasi masalah keletihan dan kelesuan
- Menghilangkan dan mengurangkan loya, muntah dan alahan
- Menambahkan selera makan
- Menghilangkan sengal tulang, kebas dan bisa pada tubuh badan
- Mengurangkan tekanan emosi dan kerisauan
- Membantu menjana kecerdasan minda bayi dalam kandungan
- Meredakan ketegangan otot dan urat
- Membantu memelihara saluran peranakan
- Mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan
- Mengurangkan kesakitan sewaktu dan selepas bersalin
- Membantu memudahkan proses kelahiran
- Mempercepatkan pemulihan luka atau jahitan
- Melancarkan proses penghadaman
- Membantu ibu tidur dengan lebih nyenyak
- Menyegarkan dan memulihkan tenaga ibu selepas bersalin
- Memelihara dan mengecutkan semula bahagian rahim
- Melindungi tubuh badan daripada jangkitan kuman dan penyakit
Kandungan Set Bersalin Salindah
Salindah B1
Ferrum Phosphoricum: Ramuan yang terdiri daripada zat besi dan fosforus ini merupakan salah satu penawar homeopati yang membekalkan oksigen kepada tubuh badan serta melancarkan peredaran darah seterusnya bertindak mengatasi keletihan dan kelesuan. Ia juga mampu memelihara bayi di dalam kandungan.
Salindah B2
Tricalcii Phosphas: Sebatian yang turut dikenali sebagai trikalsium fosfat ini merupakan mineral yang mengandungi ion kalsium, ortofosfat, metafosfat dan pirofosfat. Ia sering dijadikan makanan tambahan kerana kandungan kalsiumnya yang berupaya memelihara kekuatan tulang dan gigi di samping melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan.
Salindah B3
Kalium Phosphate: Sebatian yang turut dikenali sebagai potassium phosphate ini mengatasi kekurangan fosforus di dalam tubuh badan seterusnya membantu meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Salindah B4
Anthemis Vulgaris 30 CH: Ramuan yang turut dipanggil Chamomilla Vulgaris ini merupakan penawar homeopati yang bertindak mengurangkan kelesuan dan kesakitan.
Salindah B5
Calcii Fluoridum: Calcii fluoridum atau Calcarea Fluorica merupakan zat galian yang bertindak sebagai penawar homeopati bagi merawat bengkak dan kembang urat di samping membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Magnesii Phosphas: Sebatian yang turut dikenali sebagai magnesium fosfat ini berupaya meredakan ketegangan otot, memelihara sistem penghadaman, mengurangkan sakit kepala serta membantu mempercepatkan pemulihan luka.
Salindah B6
Leonticaea Caulophyllum Thalictroides: Penawar homeopati ini bertindak mengurangkan kesakitan sewaktu dan selepas bersalin.
Salindah L7
Calendula Officinalis: Bunga yang merupakan sejenis Marigold Inggeris ini berasal dari selatan Eropah dan kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jasmani dan kecantikan kulit. Ia mengandungi karotenoid seperti flavoxanthin, lutein dan beta-karotene yang bersifat antioksidan bagi melambatkan proses penuaan seterusnya membantu mengekalkan keremajaan kulit. Ia juga bersifat anti-virus, anti-radang dan astringen yang mampu mencegah masalah kulit serta meningkatkan ketegangan kulit.
Salindah L8
Aletris Farinosa: Tumbuhan berbunga yang banyak terdapat di Amerika Syarikat ini bertindak mengurangkan kesakitan serta mengatasi keletihan dan kelesuan tubuh badan.
Salindah L9
Ustilago Maydis: Di samping membantu memelihara kesihatan rahim, ramuan ini juga berupaya meredakan tekanan dan sakit kepala.
Salindah L10
Calcii Fluoridum: Calcii fluoridum atau Calcarea Fluorica merupakan zat galian yang bertindak sebagai penawar homeopati bagi merawat bengkak dan kembang urat di samping membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Salindah L11
Halia (Zingiber Officinale): Di samping baik untuk mengatasi masalah angin dalam badan dan memelihara sistem pencernaan, halia turut diyakini berkesan untuk membantu merangsang pengaliran susu badan. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
Pelaga (Amonum Cardamomum): Buah yang tinggi kandungan antioksidan ini bukan sahaja mampu melambatkan proses penuaan, malah turut berupaya membuang angin dalam badan serta membasmi bakteria seterusnya membantu mengatasi masalah bau badan dan kerosakan pada sel tubuh. Malah, ia juga berupaya merawat masalah pernafasan, selsema, pening kepala, serta tekanan.
Serai Wangi (Cymbopogon Nardus): Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyingkirkan toksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit.
Cekur (Kaempferia Galanga): Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diamalkan ibu dalam pantang.
Turkey Berry (Solanum Torvum): Tumbuhan ini berupaya melancarkan proses penghadaman serta membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat.
Pulosari (Alyxia Stellata): Herba ini ternyata kaya dengan kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Di samping dapat merawat masalah radang dan demam, ia juga diyakini mampu memelihara kesihatan dalaman kaum wanita.
Habbatus Sauda (Nigella Sativa): Habbatussauda terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai antioksidan bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.
Jintan Manis (Foeniculum Vulgare): Ramuan yang kaya dengan phytoestrogen ini dapat membantu membentuk payudara yang lebih menawan di samping berupaya menggalakkan penghasilan susu badan, melancarkan proses penghadaman, mengurangkan tekanan serta melancarkan peredaran darah.
Cengkih (Syzygium Aromaticum): Cengkih yang bersifat antiseptik ini berupaya mempercepatkan pemulihan luka, meredakan ketegangan otot, mengatasi sakit kepala, memelihara sistem pernafasan, meningkatkan sistem imunisasi serta membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Lengkuas (Languas Galanga): Lengkuas bukan sahaja digunakan sebagai bahan masakan, malah turut mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Lengkuas yang bersifat antiradang ini dapat membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan, mengatasi masalah kulit seperti selulit serta meredakan ketegangan otot.
Buah Pala (Myristica Fragrans): Buah Pala sememangnya kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, protein dan kalium yang berperanan meningkatkan daya konsentrasi, mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi di samping melancarkan proses pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat kulit yang berjerawat.
Biji Ketumbar (Coriandrum Sativum): Biji ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem pencernaan.
Lempoyang (Zingiber Aromaticum): Lempoyang yang merupakan sebahagian dari keluarga halia ini digunakan secara tradisional untuk memelihara kecantikan kulit, menambah selera makan, mengatasi masalah pernafasan dan bau badan. Selain berupaya membuang angin dalam badan, ia juga berupaya menggalakkan penghasilan susu ibu.
Cabai Jawa (Piper Retrofractum): Selain berupaya melancarkan proses penghadaman, herba yang turut dipanggil pippali ini turut digunakan dalam rawatan tradisional India atau Ayurveda bagi membantu membuang angin dalam badan, merawat masalah kesuburan, pedih ulu hati, ketegangan otot, senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu memulihkan ibu bersalin.
Salindah L12
Calcii Phosphas: Ramuan yang turut dikenali sebagai calcarea phosphorica ini berupaya.
Ferrum Phosphoricum: Di samping mempercepatkan pemulihan, ramuan ini turut bertindak mengatasi masalah radang, sesak nafas dan demam.
Cara Penggunaan Set Bersalin Salindah
Salindah B1
- Mulakan pengambilan ketika kandungan berusia 12 minggu.
- Amalkan 2 biji Salindah B1 sebanyak 2 kali sehari.
Salindah B2
- Kemam di dalam mulut.
- Amalkan 2 biji Salindah B2 sebanyak 2 kali sehari mulai minggu ke 24 kehamilan.
Salindah B3
- Ambil 2 biji Salindah B3 sebanyak 2 kali sehari mulai minggu ke 28 kehamilan.
Salindah B4
- Kemam 1 biji Salindah B4 sehari mulai 4 minggu sebelum jangkaan bersalin.
Salindah B5
- Kemam 2 biji Salindah B5 sebanyak 3 kali sehari mulai 2 minggu sebelum jangkaan bersalin.
Salindah B6
- Kemam 1 biji Salindah B6 sekali sehari atau apabila diperlukan.
Salindah L7
- Sapukan minyak Salindah L7 pada permukaan luka menggunakan kapas.
Salindah L8
- Kemam 1 biji Salindah L8 setiap jam bermula 6 jam selepas bersalin.
- Penggunaan maksimum bagi sehari adalah 7 biji tablet.
Salindah L9
- Kemam 1 biji Salindah L9 4 kali sehari bermula hari ke-2 selepas bersalin.
Salindah L10
- Kemam 2 biji Salindah L0 sebanyak 3 kali sehari bermula hari ke-6 selepas bersalin.
Salindah L11
- Ambil 1 atau 2 sudu besar Salindah L11.
- Amalkan 2 atau 3 kali sehari bermula hari ke-7 selepas bersalin.
- Goncang sebelum guna.
Salindah L12
- Kemam 2 biji Salindah L12 sebanyak 2 kali sehari bermula hari ke-21 selepas bersalin.
Set salindah ni,Ade jual satu-satu ✗,mcm klu kita hanya nak B1 je, dan harga dia plak.
BalasPadammaaf tak da jual satu satu..kami jual satu set lengkap salindah..
BalasPadamsalam..set ni kalo kita beli means mkn dr minggu ke 12 sampai dlm pantang yer...mean bilangan ubtnye cukup la.ke kena beli lg untuk tempoh preggy until bersalin tu nnt...
BalasPadam