Jus Tok Guru - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

14 Februari 2012

Jus Tok Guru

Antara ramuan di dalam Jus Tok Guru adalah gabungan makanan Sunnah seperti madu, kurma dan Habbatus Sauda yang digalakkan penggunaanya kerana menyimpan 1001 khasiat untuk seisi keluarga. Ia boleh diamalkan sebagai makanan tambahan bagi membekalkan khasiat untuk kesihatan jasmani dan rohani.

Jus Tok Guru Saffron terdapat dalam 4 perisa buah-buahan yang enak:

  1. Strawberi
  2. Roselle
  3. Anggur

Khasiat Jus Tok Guru

  1. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh
  2. Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  3. Menyingkirkan toksin yang boleh merosakkan sel tubuh
  4. Merangsang daya tumpuan dan memori
  5. Mengatasi masalah keletihan dan kelesuan
  6. Melancarkan proses penghadaman
  7. Mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah
  8. Menstabilkan tekanan darah
  9. Menyerap khasiat nutrien bagi menggalakkan fungsi tubuh
  10. Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit
  11. Sesuai untuk semua peringkat umur

Kandungan Jus Tok Guru

Buah Tiin: Turut dipanggil buah Ara, buah yang berasal dari Timur Tengah ini kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6, vitamin B6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan tahap kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit serta menggalakkan fungsi otak agar dapat membantu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda anda.

Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan serta kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.

Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan, di samping memelihara kesihatan jantung dan otak sekaligus menggalakkan fungsi otak dan membantu mencegah daripada penyakit Alzheimer. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

Za’faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, bunga ini kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, mengawal tekanan darah serta meningkatkan tahap tenaga dan keupayaan mental. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas yang berpunca daripada toksin, pencemaran mahupun diet yang tidak seimbang sekaligus mencegah membantu anda proses penuaan dan kerosakan sel tubuh.

Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.

Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu yang berupaya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, strok dan radang. Ia juga bersifat antioksidan bagi membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel di samping menstabilkan tahap kolestrol. Minyak yang diesktrak daripada buah zaitun ini juga berupaya memelihara kecantikan kulit dan kesihatan rambut serta mengurangkan risiko serangan kanser.

Markisa (Passiflora Edulis): Markisa atau buah susu kaya dengan vitamin C, pro-vitamin A dan riboflavin yang bertindak memelihara kulit daripada sinaran ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Selain berperanan menyingkirkan toksin dan mengatasi masalah insomnia, buah markisa juga mampu membantu membasmi sel kanser dengan bantuan kandungan phytochemical. Kandungan fosforus yang tinggi pula membantu mengukuhkan tulang dan gigi dengan bantuan kalsium, menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga. Manakala potassium yang turut terkandung di dalam buah markisa pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.

Pegaga (Centella Asiatica): Pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang bukan sahaja mampu memelihara kecantikan kulit, malah berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Di samping itu, pegaga turut mampu mengatasi keletihan, mengurangkan kesan selulit serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya membantu mencegah serangan penyakit serta menggalakkan penurunan berat badan.

Ginkgo Biloba: Turut dikenali sebagai pokok Maidenhair, Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini diiktiraf oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang berupaya meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan daya memori dan pemikiran terutamanya pesakit Alzheimer vascular dementia.

Madu Asli: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.

Cara Penggunaan Jus Tok Guru

  1. Dewasa: Ambil 2 sudu teh setiap kali sebelum sarapan pagi.
  2. Kanak-kanak: Ambil 1 sudu teh setiap kali sebelum sarapan pagi.
  3. Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

5 ulasan:

  1. ABDULLAH RIPENJumaat, 14 Jun, 2013

    Masa bekerja Isnin-Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5,00 petang amat mengecewakan. Harap masa untuk melayan pertanyaan dapat dilanjutkan.

    Sekian, bersama membangunkan ekonomi Islam...

    shafi: tuan boleh sms no support kami di 0132311588, support kami akan jawab sms tuan..biasanya pagi sampai tengah hari banyak sms dan panggilan masuk, kadang-kadang terlewat support kami balas sms.. harap di maafkan..

    BalasPadam
  2. salam.untuk bayi 7 tahun boleh minum tak

    shafi: bayi umur 7 bulan boleh minum..begitu juga dengna kanak kanak 7 tahun..

    BalasPadam
  3. ibu mengandung bleh tak

    shafi: kami tak galakkan ibu mengandung ambil produk ni..

    BalasPadam
  4. madu mahabbah ada tak...
    haney of mountain sader majeza dan haney of black cumin mujeza ..
    apa beza antara 3 madu ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini link produk tok guru mahabbah http://bit.ly/1yYSpCK

      madu2 berbeza dari segi jenis bunga yang disedut oleh lebah tuan.

      Padam

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.