Lawas Angin keluaran Nona Roguy merupakan persediaan herba yang dirumus khusus untuk melancarkan proses penghadaman, pencernaan dan peredaran darah di samping membantu mengatasi masalah angin dalam badan yang mengganggu keselesaan anda.
Khasiat Lawas Angin
- Membantu mengatasi masalah angin dalam badan
- Membantu melancarkan proses pencernaan
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu mengatasi sakit perut dan masalah perut kembung
- Membantu meredakan radang usus
- Membantu merawat sakit perut dan sembelit
Kandungan Lawas Angin
Kedawung (Parkia Javanica): Tumbuhan yang bersifat anti-bakteria ini sering digunakan dalam rawatan tradisional di Indonesia bagi membantu mencegah jangkitan selain membantu merawat sakit perut, radang usus, dan perut kembung.
Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membantu mengatasi masalah bau badan. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, menguatkan sistem imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
Biji Ajwain (Trachyspermum Ammi): Herba yang berasal dari negara Mediterranean ini digunakan secara tradisional bagi membantu melegakan cirit-birit dan masalah serta mengandungi niasin dan thymol yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung di samping membantu mengatasi masalah pencernaan, perut kembung dan loya. Ia turut kaya dengan kandungan protein, mineral, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi serta karotena yang berkesan untuk merawat masalah pencernaan, penyakit sendi, radang, lelah, batuk dan jangkitan pada bahagian usus.
Daun Senna (Cassia Angustifolia): Daun Senna yang turut dipanggil daun jati Cina ini banyak terdapat di negara India dan China. Selain sering menjadi tanaman hiasan, daun Senna juga berperanan membantu melancarkan sistem pencernaan, mengatasi sembelit dan masalah kulit serta menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh.
Likuoris (Glycyrrhiza Glabra): Turut dikenali dengan nama Akar Manis, tumbuhan ini bukan sahaja berupaya mengatasi masalah kulit, malah tinggi dengan kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meredakan tekanan, keletihan, radang, sakit kepala, masalah penghadaman dan pedih ulu hati. Di samping itu, likuoris juga mampu menguatkan sistem imunisasi bagi membantu menentang jangkitan bakteria mahupun virus yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.
Cara Penggunaan Lawas Angin
- Bancuh 1 hingga 2 sudu Lawas Angin bersama segelas air kosong. Gunakan sudu penyukat yang telah disediakan.
- Kacau hingga larut dan minum dengan segera.
- Ambil 1 kali sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan